Ramai Jadikan Mi Segera Menu Wajib Hujung Bulan, Luna Maya Makan Setahun Sekali: “Biar Terasa Istimewa”
Maliah Surip
16/06/2022 08:41 MYT
16/06/2022 08:41 MYT
Bintang cantik dari Indonesia, Luna Maya memang terkenal memiliki bentuk tubuh yang masih menggiurkan biar sudah berusia 38 tahun.
Tubuh pelakon dan model ini masih kekal langsing.
Ternyata selain melakukan senaman, Luna memberitahu dia sangat menjaga pemakanan kerana menyifatkan kesihatan adalah sebuah pelaburan yang sangat penting pada masa hadapan.
Salah satu makanan yang dielakkan oleh Luna adalah mi segera. Luna mengaku hanya makan mi segera setahun sekali sebagai sebuah penghargaan buat diri sendiri.
“Jadi saya hanya makan mi segera setahun sekali sebagai self reward,” katanya seperti dilaporkan Kapanlagi.com.
Alasan di sebalik pengambilan setahun sekali mi segera itu tak lain dan tak bukan adalah untuk menjamin kesihatannya.
“Mi segera memang sedap. Tapi dalam pada masa yang sama, saya harus berhati hati agar tidak mengambil ia terlalu banyak kerana takut kesan negatif,” kata Luna.
Meski demikian, Luna mengaku dirinya juga seorang penggemar mi segera.
“Tapi macam saya katakan tadi, saya hanya akan memakan mi segera setahun sekali sebagai penghargaan buat diri sendiri.
“Biar terasa istimewa. Sebab mi segera memang enak, cuma kalau makan setiap hari ia sudah tidak lagi special. Bila sesekali menikmati, rasanya lain,” akuinya.