Ramai Jatuh Hati Dengan Syurgadaddy, Namun Semua Itu Hanyalah...
17/02/2021 10:06 MYT
Isu berkaitan ‘sugardaddy’ boleh dikatakan antara topik ‘panas’ minggu ini.
Kebanyakan warga media sosial masih tidak henti membicarakan tentang perkara ini.
Namun, entah bagaimana secara tiba-tiba muncul sebuah ‘platform’ baru digelar sebagai Syurgdaddy.
Perkara itu sekali gus menjadi perhatian ramai apabila ia disifatkan lebih positif serta islamik.
“Syurgadaddy. Jadilah ayah yang membawa ke keluarga ke syurga”
Itu ayat yang terpampang dalam poster aplikasi tersebut.
Walaubagaimanapun, aplikasi itu nampak gayanya bukanlah seperti yang disangka.
Ini kerana menurut seorang individu yang dipercayai pemilik poster tersebut, aplikasi itu tidak wujud.
“Ini saya suka-suka design, gatal tangan. Kau orang jangan pergi download pula.
“Aplikasi tak wujud,” katanya.
Sementara itu, rata-rata netizen sedikit kecewa memandangkan poster tersebut sangat menyakinkan.
Malah, ramai juga menyatakan aplikasi Syurgadaddy antara idea menarik untuk diketengahkan.
Terdahulu, sebuah, media tempatan melaporkan Malaysia berada di kedudukan ketiga tertinggi di Asia bagi jumlah ‘sugardaddy’.
Aplikasi itu menyedia ruang bagi pengguna terutama golongan wanita untuk dijadikan perempuan simpanan atau ‘sugarbaby’.Dilaporkan, sejumlah 12,705 penuntut universiti awam dan swasta di Lembah Klang mendaftar dengan aplikasi tersebut untuk mencari ‘sugardaddy’ mereka.