Adakah anda bersedia untuk menyaksikan pertandingan yang bakal mencipta sejarah dalam industri hiburan Malaysia?

Ya! All Together Now yang popular di lebih 15 buah negara sebelum ini kini diadakan di negara kita!

Apa yang pasti, program ini akan menampilkan perbezaan ketara dari segi format dan cara pertandingan.

Manakan tidak, anda akan menyaksikan 50 orang juri menilai markah setiap peserta.

Terdapat 24 peserta yang menyertai setiap minggu, markah mereka adalah bergantung kepada berapa orang juri yang bangun untuk persembahan mereka.

Setiap seorang juri membawa dua markah dan ini bermakna, jika seorang peserta itu berjaya membuatkan semua juri bangun, markah 100 peratus akan diperolehinya.

Peserta yang mendapat tiga markah teratas akan duduk di tiga kerusi di pentas, namun, jika ada peserta yang mendapat markah yang lebih tinggi dari yang paling rendah antara mereka, secara automatik kedudukan itu akan diganti dengan peserta baru yang lebih tinggi markahnya itu.

Menarik dan mencemaskan bukan? Nak tahu lebih lanjut, sama-sama kita nantikan All Together Now Malaysia yang akan mula bersiaran pada 6 Jun 2021, setiap Ahad, pukul 9.00 malam di Astro Ria & Astro Go!

All Together Now Malaysia akan dihoskan oleh Sherry Alhadad dan menampilkan Datuk AC Mizal selaku ketua juri.

Siapakah 49 orang lagi juri yang terlibat? Sama-sama kita nantikan!