Gitaris kumpulan Kristal, Rody mengimbas kembali kenangan saat bertemu bapa mentuanya buat pertama kali sebelum bergelar suami.

Menerusi foto malam berinai yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam, Rody mengimbau semula debaran dan saat-saat manis yang berlaku ketika hari berkenaan.

“Yeayy! Happy anniversary! Ramai kata aku buat kerja gila naik flight jumpa bapa gf nak minta izin. Selamba lah pergi sorang jer.

“Dah suka anak orang kena lah minta izin ibu bapa dia dulu kan. Dia kata abah garang, takutnya... Tapi aku kata tak apa muka I suci la.

“Okay pagi-pagi sampai dia bawa pergi jumpa abah dan mama dia. Walaupun aku debar tapi wat rileks, chill.

“Betul dari jauh tengok muka abah dia… Garang. Fuh borak-borak. Takkan ni aku nak cerita. Panjang la nak type!

“Haha balik rumah dorang, borak-borak dengan adik-adik dia, along dia, semua okay klako. Sampailah aku nak balik.

“Abah dia kata… Kira jadi lah ni! Terus aku cakap bulan 10 saya bawa family datang merisik. Bapa mentua kata okay boleh. Tuptap-tuptap aku fikir bertunang lah dulu,” kongsinya.

Yeayy! Happy anniversary! Ramai kata aku buat kerja gila.. naik flight jumpa bapa gf.. nak minta izin.. selamba lah g sorang jer.. dah suka anak org,kenala minta izin ibubapa die dulu kan.. die kata abah garang.. takutnya.. tp aku kata xpe.. muka i suci la.. ??? .. ok pagi2 sampai.. die bawa g jumpa abah dan mama die.. walaupun aku debar,tp wat rileks.. chill.. btol.. dari jauh tgk muka abah die.. garang.. fuhh.. borak2.. xkan ni aku nk cite.. panjang la nak type! Haha.. balik rumah drg.. borak2.. dgn adik2 die.. along die.. semua ok klako.. sampaila aku nak balik.. abah die kata.. kira jd lah ni! ?.. terus aku ckp bulan 10 sy bawa famili dtg merisik.. bapa mertua kata ok boleh.. tuptap2.. aku fikir bertunang lah dulu.. “sambung type japgi”

A post shared by official rody kristal (@rodykristal) on


Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.

Pasangan ini kemudiannya dikurniakan putera sulung dan bersalin secara normal pada 14 Januari lalu.

Foto: Instagram @rodykristal