“Ramai Kata Aku Buat Kerja Gila, Dia Kata Abah Garang…” – Rody Kristal Imbas Saat Jumpa Bapa Mentua

Mya Amri
April 29, 2019 07:35 MYT
Gitaris kumpulan Kristal, Rody mengimbas kembali kenangan saat bertemu bapa mentuanya buat pertama kali sebelum bergelar suami.
Menerusi foto malam berinai yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam, Rody mengimbau semula debaran dan saat-saat manis yang berlaku ketika hari berkenaan.
“Yeayy! Happy anniversary! Ramai kata aku buat kerja gila naik flight jumpa bapa gf nak minta izin. Selamba lah pergi sorang jer.
“Dah suka anak orang kena lah minta izin ibu bapa dia dulu kan. Dia kata abah garang, takutnya... Tapi aku kata tak apa muka I suci la.
“Okay pagi-pagi sampai dia bawa pergi jumpa abah dan mama dia. Walaupun aku debar tapi wat rileks, chill.
“Betul dari jauh tengok muka abah dia… Garang. Fuh borak-borak. Takkan ni aku nak cerita. Panjang la nak type!
“Haha balik rumah dorang, borak-borak dengan adik-adik dia, along dia, semua okay klako. Sampailah aku nak balik.
“Abah dia kata… Kira jadi lah ni! Terus aku cakap bulan 10 saya bawa family datang merisik. Bapa mentua kata okay boleh. Tuptap-tuptap aku fikir bertunang lah dulu,” kongsinya.
Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan putera sulung dan bersalin secara normal pada 14 Januari lalu.
Foto: Instagram @rodykristal
#Rody Kristal