Hiburan
"Ramai Kata I Bam Bam... Of Course Dear" - Shakilla Khoriri
Pelakon Shakilla Khoriri mendedahkan ramai pihak yang memperkatakan mengenai perubahan bentuk badannya yang semakin tembam.
Shakilla berkongsi perkara terbabut menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
"Good morning. Macam mana puasa so far? Insya-Allah harap semua okay dan masih bertahan. Ramai yang kata I bam bam. HeHe... Of course dear," tulisnya.
Tambah Shakilla, perjalanannya untuk menuju ke berat badan sebelum bersalin anak pertama merupakan satu perkara yang disifatkan 'tidak kelakar'.
"From 73 kilogram nak ke normal weight 49 kilogram tak kelakar tau. Sabar ye. I tengah on diet. Nanti dah kurus jangan cakap I nak jual ubat kurus pula," tulis Shakilla lagi.
Shakilla dan suami, penyampai radio Fizi Ali mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.
Shakilla selamat melahirkan anak pertama mereka, Ameena Sofia itu pada 14 Mac lalu.