Hiburan
Ramai Kata Idzham Ismail Acah 'Happy' Dengan Isteri, Ini Jawapan Tuan Punya Badan…
Sering dituduh berpura-pura bahagia dengan isteri, pelakon Idzham Ismail tampil memberi penjelasan menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.
Kata pelakon filem Juvana itu lagi, dia ada menerima mesej peribadi daripada individu menggunakan akaun palsu yang mendakwa dirinya berpura-pura bahagia bersama isteri.
Menerusi sebuah posting Idzham berkata, dia berkongsi mengenai perkara tersebut secara terbuka di IG kerana mahu memberi inspirasi kepada orang lain.
Idzham turut menolak dakwaan sengaja menunjuk-menunjuk kebahagiaan rumah tangganya kerana sering memuatnaik ‘happy moment’ bersama isteri.
“Siapa cakap saya tak pernah gaduh dengan wife? Siap karate lawan MMA lagi tau. Tapi saya pilih untuk post ‘every happy moment’ untuk saya tatap, dan merindui moment bersama isteri yang happy, happy disaat saya ada rasa marah.
“Ia membantu saya untuk lebih salahkan dan perbetulkan diri jika ada ketidak fahaman. Saya memilih untuk menyebarkan positiviti kepada semua, secara tak langsung ia akan berbalik kepada saya juga.
“Saya memilih untuk ‘’update tentang kerjaya dan ‘family life’ yang ‘happy’ dan terpilih sahaja,” katanya.
Tambahnya, setiap individu mempunyai pilihan untuk berkongsi mengenai kehidupan harian di sosial media yang kandungannya ditentukan sendiri oleh mereka.
“Kita ada medium yang boleh kita beritahu satu dunia menggunakan jari, kita yang tentukan ‘content’ dan ‘vibe’ yang kita nak sebarkan.
“Jadi kenapa pilih jalan hitam? Kenapa pilih negativiti, kenapa pilih kebencian? We are what we believe we are, we choose what we looks like,” katanya.
Dalam pada itu Idzham turut mengucapkan terima kasih kepada warga net yang sering menerima penyampaiannya secara positif.
“Alhamdulillah kebanyakan suka dan menerima secara positif apa yang saya sampaikan. Terima kasih semua yang sentiasa menyokokong dalam semua aspek,” ujarnya.
Must-Watch Video