Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ramai Kata Menjerit, Tapi Cikgu Shafi Puji Marsha - “Hanya Segelintir Individu Di Dunia Dikurniakan Bakat…”

Mya Amri
17/02/2023 03:45 MYT
Guru vokal popular, Cikgu Shafi memuji persembahan dan vokal finalis Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37), Marsha Milan yang menyampaikan lagu Kembali Terang.

Shafi atau nama sebenarnya Syafizawati Sharif menjelaskan, Marsha berkebolehan menyanyikan lagu berintensiti tinggi.

Shafi juga menyatakan bakat itu hanya dimiliki oleh segelintir individu di dunia sahaja.

“Apa yang dilakukan Marsha ini dinamakan nyanyian berintensiti tinggi, yang mana hanya segelintir di dunia yang dikurniakan bakat ini.

“Marsha telah dikurniakan kebolehan untuk mencipta suaranya melalui range tersendiri dan untuk itu, saya salute kepadanya,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.

Jelas Shafi lagi, nyanyian tersebut bukanlah perkara mudah untuk dilakukan kerana ia melibatkan saraf.

“Nyanyian berintensiti tinggi bukanlah perkara yang mudah untuk dilaksanakan, emosi dan saraf kita juga merupakan faktor besar dalam pelaksanaan suara kita.

“Ini adalah salah satu cara yang dia boleh lakukan untuk mengekspresikan dirinya, melalui seni. Suara Marsha juga menggambarkan siapa dirinya, seorang yang ceria.

“Seni adalah subjektif, pendapat masing-masing berbeza kerana ia berkait dengan persepsi kita sendiri tentang dunia dan itulah yang menjadikan seni itu indah.

“Selama beberapa minggu, kami bekerjasama untuk memperkemaskan vokal Marsha. Ia termasuk kerja fizikal, mental, dan inner-soul.

“Selama berminggu-minggu, saya melihat keazamannya sendiri dan kemahuan untuk mengekspresikan seninya, dan disiplin yang dia miliki sebagai penyanyi yang sangat mengagumkan,” jelasnya.

A post shared by Cikgu Shafi | Voice Strategist (@cikgushafi)

Terdahulu, tahun lalu menyaksikan lagu Cinta yang dipersembahkan Marsha dijulang sebagai naib juara AJL36 dan juga diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik.

Bagaimanapun tahun ini nasib tidak menyebelahi Marsha apabila gagal membawa pulang sebarang trofi.

Namun persembahan Marsha di AJL37 sememangnya memukau sehingga menerima standing ovation penonton di Stadium Axiata Arena.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Marsha Milan #Cikgu Shafi #Bakat #AJL37