Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

“Ramai Kata Saya Penat Jaga Jebat...”- Sharnaaz Ahmad

Mya Amri 01/10/2018 | 07:27 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad akui berterima kasih kepada isteri kesayangan, Noor Nabila kerana menguruskan anak sulung mereka, Jebat Jaydeen tanpa mengira masa.
Kata Sharnaaz, ramai yang menyangka dia keletihan kerana menjaga putera sulung, namun hakikatnya Nabila yang lebih banyak menjaga mereka berdua.
“Ramai kata saya penat jaga Jebat. Sebenarnya isteri saya yang jaga Jebat sepanjang masa. Saya patut berterima kasih pada dia.
“Memang patut syurga itu di bawah kaki ibu dan pengorbanan sang ibu itu tiada tolok bandingnya. Terima kasih sayang @noornabila. Habis pantang kita pergi bercuti okay sayang,” tulis Sharnaaz menerusi akaun Instagram miliknya hari ini.

Ramai kata sy penat jaga jebat.. sebenarnya isteri sy yg jaga jebat all the time.. sy patut berterima kasih pada dia.. memang patut syurga itu di bawah kaki ibu, dan pengorbanan sang ibu itu tiada tolok bandingnya.. terima kasih syg @noornabila .. abis pantang kita pi holiday k sygggg..

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Dalam pada itu, Sharnaaz juga mendoakan agar anak lelakinya itu membesar dengan baik dan menjadi manusia yang bertenggungjawab.
“Hari ni anak baba dah satu bulan. Happy 1 month sayang baba. Semoga anak baba besar sihat sempurna jadi orang berguna, disayangi semua dan sentiasa jadi yang terbaik dalam apa yang anak baba nak jadi.
“Baba sayang anak baba dan mommy dunia akhirat. Tak perlu jadi terbaik pun tak apa. Hanya perlu jadi manusia yang bertanggungjawab.

Hari ni anak baba dah satu bulan.. happy 1 month sayang baba..semoga anak baba besar sihat sempurna jadi org berguna, disayangi semua, dan sentiasa jadi yg terbaik dalam apa yg anak baba nak jadi.. Baba sayang anak baba dan mommy dunia akhirat.. Tak perlu jadi terbaik pun takpa, Hanya perlu jadi manusia yg bertanggungjawap.

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Sharnaaz dan kakak kepada pelakon Neelofa itu berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 30 Ogos lalu.
#Anak #Sharnaaz Ahmad #Jebat Jaydeen
;