Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

"Ramai Lelaki Sekarang Tukar Bini Macam Tukar Kereta" - Dr. Say

Amri Hassan 20/01/2020 | 03:35 MYT
Doktor viral, Dr. Say Shazril mengakui terkesan dengan tindakan segelintir lelaki yang tidak menghargai pengorbanan isteri terutama waktu sukar membesarkan anak.
Kata pengacara Tanya Doktor itu, golongan wanita terutama isteri seharusnya dihargai dan kesungguhan mereka harus dipuji.
"Hargailah bini kita sesungguh-sungguhnya. Mungkin apa yang kita nampak hanyalah mulut mereka yang tak berhenti mengeluarkan bau dan bunyi tapi nampakkanlah juga pengorbanan mereka yang lain.
"Saya tengok ramai suami sekarang tukar bini macam tukar kereta walhal kereta lama itulah yang banyak membawa kita to where we are right now," tulisnya menerusi Instagramnya baru-baru ini.
Berkongsi beberapa situasi bersama membesarkan anak tunggalnya bersama pasangan, Dr. Azura Abas, tambah Dr. Say, dia mungkin berdepan kesukaran sekiranya tiada isteri di sisi.
Malah, Dr. Say memuji kehebatan orang gajinya yang mengambil alih tugas isterinya setiap hari membesarkan anaknya itu.
"Kalau tak mati pun, semput-semput maut.
"Saya ada orang gaji, dan orang gaji ini ibarat isteri kedua yang bila isteri pertama tiada, dia take over buat semua benda dari jaga Ace, masak dan kemas rumah.
"Senang cerita kalau bini pergi kerja dan saya tak ada orang gaji, mungkin saya tak dapat menulis cerpen ini sebab mulut saya sedang berbuih (sawan akibat terlalu tertekan)," katanya lanjut.

Topik : Takde Bini, Suami Mati, End Of Story Kalau tak mati pun, semput2 maut huhu. Meh sy cerita, sy ada maid & maid ni ibarat 2nd wife yg bila 1st wife takde, dia take over buat semua benda dari jaga Ace, masak & kemas rumah. Senang cerita kalau bini pergi kerja & sy takde maid, mungkin sy tak dapat menulis cerpen ini sb mulut sy sedang berbuih (sawan akibat terlalu tertekan) Waktu bercuti baru2 ni terang lagi bersuluh kehebatan & kepadu-an bini. Contoh pertama, bini sy nak mandi maka dia mintak sy tengok Ace kejap. Tiba-tiba Ace nangis maka sy dukung bukak lagu feveret dia sambil sy goyang2. Masih si Ace nangis sampailah bini habis mandi. Terus bini tanya “u bagi susu dah tak kat Ace?”, sy pun reply “die kan baru minum tadi, takkan nak lagi?”, bini tak bercakap banyak, dia bancuh susu & terus sumbat ke mulut Ace. Habis licin 6 ounce susu tu ibarat Thai Milk Tea Cha Tra Mue. Terduduk sy dibuat kehebatan bini sb Ace betul2 baru lepas minum, macam mane die tau Ace nak minum lagi? Contoh lain, bini ngantuk di siang hari mintak sy tolong jaga Ace kejap maka sy turuti dukung Ace jenjalan dalam bilik. Sambil dukung Ace dalam kepala sy dok pikir “bila bini nak bangun ni, aku pishang (masuk air) dah ni”. Tup tap bini bangun dia tengok jam & dia cakap “tenkiu ubby bagi i tido 15 minit”. Terduduk lagi sy dibuatnya “biar betik 15minit? Apsal aku rase macam sejam 15minit?” & dengan tido 15 minit tu bini boleh bertahan sepanjang hari ooo. Tiba turn sy tidur, bini kejut sy lepas sejam, sy emo sebab rasa macam baru 15 minit sy tido, tak hilang lagi penat melayan Ace 15 minit tadi. Dari situ sy nampak kehebatan seorang bini ni. Kesimpulan cerpen ni, hargailah bini kita sesungguh-sungguhnya. Mungkin ape yg kita nampak hanyalah mulut mereka yg tak berhenti mengeluarkan bau & bunyi tapi nampak-kan-lah juga pengorbanan mereka yg lain. Sy tengok ramai suami sekarang tukar bini macam tukar kereta walhal kereta lama tu lah yg banyak membawa kita to where we are right now. I love u bini, thank you for your endless sacrifice to me & Ace. Bebel lah sepanjang hayat as long as u teman i sepanjang hayat jugak k?

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Dr. Say bersama isteri dan anaknya, Aezriel, 11 bulan, kini sedang bercuti di Krabi, Thailand.
Dr Say muncul dalam Tanya Doktor sebagai hos bersama Lisa Surihani yang ditayangkan setiap hari Khamis jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
#Viral #Viral #Dr. Say Shazril #Tanya Doktor
;