Sambutan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2022 ternyata masih diraikan dalam kalangan pendidik dan anak anak murid.
Seperti menjadi satu tradisi, setiap kali tibanya tarikh yang cukup bermakna buat para guru kerana mencurah bakti tanpa jemu mendidik anak bangsa, kebanyakan pelajar tidak mahu terlepas memberikan cenderahati sebagai tanda penghargaan buat pengorbanan barisan tenaga pengajar.
Tenaga pengajar atau guru akan menerima pelbagai hadiah termasuk yang paling popular adalah mug, pen, bunga atau tudung,
Namun perkongsian dua orang guru dalam laman sosial baru baru ini cukup membuat netizen terharu.
Menerusi perkongsian seorang guru yang mengaku baru sempat melihat hadiah hadiah yang diterima daripada barisan pelajar kesayangannya selepas pulang ke rumah, tertarik dengan sebuah beg plastik berwarna merah.
“Hari ini sekolah saya ada buat sambutan Hari Guru. Bila sudah sampai rumah, bika buka hadiah ternampak satu beg plastik warna merah.
“Bila buka ada semangkuk nasi goreng telur,” tulis guru tersebut seperti dilihat Gempak dalam pelbagai platform media sosial yang berkongsikan video pendek tersebut.
Sebaik melihat nasi goreng telur yang diisi dalam bekas bulat, guru tersebut mengaku sebak.
“Bila nampak nasi goreng itu tiba tiba rasa sebak. Betapa berusahanya mak dia bangun bungkuskan makanan untuk cikgu sebagai Hadiah daripada anak dia.
“Ringkas tetapi sangat bermakna. Terima kasih anak muridku,” tulisnya bersama emoji hati.
Satu lagi perkongsian dari guru yang menarik perhatian dan membuat banyak bergenang air mata adalah apabila menerima hadiah tiga butir kismis yang dimasukkan dalam sebuah ‘beg kertas’ yang dibuat sendiri oleh si pelajar.
‘Nak menitik air mata ni. Ingatkan dapat apa dalam ni. Tapi ada tiga biji kismis dalam kertas kecil yang distapler. Kemas. Sebab ikhlas nak hargai guru,” tulis tenaga pengajar tersebut sambil menunjukkan hadiah kismis yang diperoleh menerusi video pendek yang kini viral di media sosial.
Sambil memberi emoji menangis, sang guru menulis: “Tak apa kalau tak bagi hadiah. Balas jasa guru dengan kejayaan kamu.”
Sesungguhnya tanpa guru siapalah kita. Sentiasa ingat dan hargai ilmu yang dicurahkan oleh semua guru kita ya!
Maliah Surip
Thu May 19 2022


Iqbal Kongsi Amalan Kekal Berjaya, Dedah Baca Surah Al-Fatihah Saat Menangis Minta Simpati Daripada Allah
Ini tips kejayaan Iqbal
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Pernah Dapat Gambar K**ek Pagi-Pagi" - Tiz Zaqyah
Takutnya dengar cerita Tiz Zaqyah

Rakan Dah Minta Saman Dari Awal, Tapi Puteri Sarah: “Siapa Nak bayar? Perempuan Tu Tak Kerja, Bapak Dia Ada Sakit”
Ini kisah rakan Puteri Sarah

Pawagam Larang Gentleminions Masuk Wayang Tengok Minions
Prekuel filem Minions: The Rise of Gru sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

"Mesti Teringat Zaman Suami Isteri"- Suruh Move On, Netizen Minta Abby Abadi Tak Selalu Jumpa Norman
"Cerai pun sebab dicurangi"- Netizen

Telefilem & Dokumenari Menarik Untuk Anda Saksikan Di Astro Oasis Sepanjang Hari Raya Aidiladha Tahun Ini
Rancangan menarik Hari Raya Aidiladha

Alan Walker Turun Sarawak Sempena Borneo Music Festival Live 2022!
Alan Walker popular dengan lagu Faded!

Penggambaran 35mm Pernah Dihentikan Sebanyak Dua Kali Sebab…
Cabaran membawa hasil yang baik

"Lepas Ada Anak, Saya Fikir Pendidikan Agama Islam Untuk Masa Depan" - PU Riz Perkenal Islah Junior
Ada apa dengan Islah Junior?

"Kisah Wayang S**l..." - Nam Ron Dedah Situasi Sebenar Industri Filem Yang Ramai Tak Tahu
Nam Ron dedah realiti anak wayang.