,
Laman Utama

Ramai Minta Bantuan ‘Pampers’ Anak, Balkiysh Semundur Saran Pakai Lampin Kain Saja

Syafiqah Jalal
07/07/2021
01:10 MYT
Pelakon Balkiysh Semundur Khan mendedahkan ramai yang datang kepadanya untuk meminta bantuan lampin pakai buang untuk anak mereka selepas pendapatan keluarga mereka terjejas ketika tempoh pandemik ini.
Pun begitu, Balkiysh memberitahu dia dan badan kebajikan atau pertubuhan badan kerajaan (NGO) tidak dapat membekalkan lampin itu secukupnya kerana ramai yang memerlukan bantuan.
“Saya dapat maklumat terlalu ramai yang perlukan 'pampers' untuk anak-anak mereka sejak saya upload di IG baru-baru ini. Saya dah berbincang dan berikan maklumat mereka yang memerlukan kepada beberapa NGO.. Alhamdulillah ada diantara mereka yg telah dibantu..
“Cuma yang menjadi kebimbangannya, bantuan 'pampers' ini mungkin tak akan dapat secara kerap sebab terlalu ramai yang memerlukannya dan tambahan juga ramai orang yang dah terputus bekalan makanan dan barangan asas..
“Jadi dana peruntukan akan diutamakan untuk mereka yang amat memerlukan barangan asas & makanan,” katanya.
Pelakon yang popular dengan drama Mak Cun itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Justeru, Balkiysh mencadangkan agar mereka yang memerlukan cuba belajar untuk kembali pada zaman dahulu dengan menggunakan lampin kain atau napkin yang dibasuh dan dipakai kembali selepas dibersihkan.
“Bagi menjamin keperluan anak-anak, saya cadangkan kita kembali kepada zaman dahulu atau #backtonature iaitu menggunakan lampin atau napkin..
“Memang zaman skarang ia dianggap remeh & kotor tapi masa kecil saya pun guna napkin ni..Saya berasal daripada keluarga yang susah dan adik-adik saya hingga yang bongsu pun guna napkin.
“Kalau saya ade baby pon, saya sendiri akan buat kaedah ini supaya dapat saving memandangkan saya pun dah hilang pendapatan..Biarlah orang nak kata apa pun, asalkan saya boleh terus melangsungkan kehidupan yang tak tahu sampai bila boleh bertahan..
“Pada saya kaedah ini bolehlah anda guna untuk sementara sahaja dan kalau ekonomi dah pulih serta pendapatan dah stabil nnt boleh guna pampers balik,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pernah Ditipu Sampai Rugi Ratusan Ribu, Iddin Syah Trauma Nak Bagi Bantuan Melibatkan Wang - “Saya Sebelum Ini Berbaik Dengan Semua Orang Tapi…”

gempak
06/10/2024
23:55 MYT
Pernah ditipu oleh rakan niaga sebelum ini hingga kerugian ratusan ribu ringgit menyebabkan usahawan dan selebriti media sosial Iddin Syah kini berada dalam keadaan trauma malah serik untuk berbuat baik kepada individu lain.
Hiburan

Teka-Teki Terjawab, Suami Fatin Afeefa Dedah Baby Kini Usia 7 Bulan - “Takkanlah Tak Boleh Nak Beritahu Dunia Saya Ada Anak Baru”

gempak
06/10/2024
02:55 MYT
Teka-teki akhirnya terjawab apabila pelakon, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang mendedahkan mereka sudah memiliki cahaya mata.
Hiburan

Polis Siasat Kes Buli Babit Anak Tam Spider

gempak
06/10/2024
00:55 MYT
Polis mengesahkan telah membuka kertas siasatan berhubung kes anak penyanyi kumpulan Spider, Rustam Mustafah dan pelajar lain.
Hiburan

TikToker Bawa 11 Peguam Ke Balai Polis, Jawab Tuduhan Hamilkan Anak Artis

gempak
05/10/2024
12:40 MYT
‘Drama’ Nikita Mirzani dan kekasih anaknya, Vadel Badjideh kembali menjadi pemberitaan hangat di Indonesia selepas Tiktoker tersebut dipanggil pihak polis untuk siasatan.
Viral

Uncle Mike Galas Tanggungjawab Besar Di LTdL 2024, Ambil Peluang Buat CSR Bagi Bantuan Sepanjang Laluan

gempak
05/10/2024
12:25 MYT
Uncle Mike sekali lagi menjadi tumpuan apabila menjadi individu terpenting dalam mempromosikan penaja di perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
BorakSeeni