Filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) boleh disifatkan antara karya bergenre komedi yang berjaya menambat hati penonton.

Biarpun telah memasuki minggu ketiga tayangan, namun KITM masih mengungguli carta di Astro First.

Namun, dalam pada ramai yang memuji filem tersebut, ada juga peminat yang bertanyakan sama ada drama siri itu akan muncul untuk musim ketiga.

Malah, perkara berkenaan turut diakui oleh penerbit Eksekutif dan Pengarah filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) Wan Hasliza Wan Zainuddin.

Menurutnya, ramai peminat setia drama Keluarga Iskandar mengharapkan supaya kesinambungan daripada filem itu diteruskan.

“Sebenarnya ia bergantung juga pada permintaan.

“Selain itu ia ia juga bergantung pada pihak Astro kerana IP Keluarga Iskandar di bawah Astro,” katanya.

Tambahnya, jika diberi peluang dia juga sentiasa terbuka untuk meneruskan musim baru drama tersebut.

“Untuk part saya, why not rasanya nak teruskan musim ketiga.

“Kita faham ramai yang rindukan drama berkenaan jadi kita sama-samalah tunggu dan lihat nanti,” katanya.

Untuk rekod, KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.