Laman Utama
Ramai Nak Pindah, Siap ‘Ada’ Train To Perlis, Tapi Orang Perlis Kata “Maaf Dah Sold Out”
Nama Perlis menjadi trending di media sosial sejak semalam selepas menjadi negeri tunggal yang mencatatkan sifar kes baharu COVID-19.
Disebabkan itu, netizen berseloroh dengan menyatakan hajat untuk berpindah ke negeri tersebut.
Paling epik apabila netizen juga telah mengubah poster filem Korea popular berjudul Train To Busan menjadi Train To Perlis.
Advertisement
Tidak mendiamkan diri, anak Perlis juga turut membalas ‘hajat’ netizen dengan mengatakan tiket untuk ke Perlis telah habis dijual.
Selain itu, pelbagai lagi ciapan lucu yang diberikan oleh orang perlis dan juga netizen berkaitan dengan hal berkenaan.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKK) mengumumkan sebanyak 11,079 kes baharu dicatatkan semalam.
Antara semua negeri, Selangor masih mencatatkan kes tertinggi dengan 5,263 diikuti Kuala Lumpur 1,521 kes.
Bagaimanapun, hanya Perlis sahaja yang tidak mencatatkan sebarang kes baharu.
Must-Watch Video