Ramai Netizen Tegur Pasal Aurat Apabila Jaa Muat Naik Video Tanggal Seluar Dan Hanya Pakai Boxer

Badrul Hashim
Disember 13, 2018 14:04 MYT
Penyampai radio Era, Instafamous dan kini seorang pelakon, Jaa Suzuran menjadi perhatian di Instagram apabila dia memuat naik sebuah video beliau menanggalkan seluar jeans yang dipakainya.
Pada caption untuk video tersebut, Jaa menjelaskan bahawa penggambaran terpaksa diberhentikan seketika kerana lutut beliau yang berlubang akibat kemalangan melecet kerana bergesel dengan seluar jeans yang dipakainya.
Jaa juga memohon supaya jangan dikecam dan supaya netizen memahami kesakitan dirinya. Dia hanya mahu berkongsi dengan semua.
Bagaimanapun, ramai netizen tidak bersetuju dengan tindakan beliau.
Seorang netizen @shamsuri_bakri menulis, "kurang2kan nak pose aurat2... benda mudah paling senang nak jaga... kalau kat set biar kat situ je nampak... tak perlu nak upload... yang mana salah kita betulkan... benda basic..."
Teguran tersebut tidak menimbulkan kemarahan Jaa malah beliau membalas komen tersebut dengan baik.
"Okay bang, tq" ringkas jawapan Jaa.
Jaa kini sedang menjalani penggambaran di Kampung Ulu Chemor, Perak.
#Jaa Suzuran