"Ramai Orang Ingat Baby Dengan Meerqeen Bercinta, Padahal ..." - Ameera Khan

Amri Hassan
Oktober 23, 2023 13:49 MYT
Pempengaruh dan adik kepada Neelofa, Ameera Khan akhirnya muncul menjelaskan situasi sebenarnya bersama Meerqeen.
Tegas Ameera, dia menafikan khabar angin bahawa dirinya dan Meerqeen punyai hubungan istimewa.
"Ramai orang ingat baby dengan Meerqeen ni bercinta, padahal tak pun. Kitaorang kawan je," katanya menerusi Live bersama ibunya, Datin Noor Kartini.
@meera.khan58 rakan kerja guys ? #lmk #LMK #littlemisskhan #ameerakhan #ameera #neelofa #lofar #lofa #khan #meerqeen #meerqeen♡♥️ #meme ♬ original sound - Meera Khan
Terdahulu, Meerqeen dan Ameera dilihat meluangkan masa bersama-sama ketika berada di Paris, Perancis.
Hal itu mencetuskan tanda tanya dan gosip yang mula mengaitkan mereka punyai hubungan istimewa.
BACA: Meerqeen, Ameera Khan Jalan-Jalan Bersama Di Paris! Ada Apa-Apa Ker Tu?
#Ameera Khan #Paris #LMK #Kawan #Meerqeen