Pelakon dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof menegaskan dirinya masih aktif menjalankan aktiviti seni.

Masih mengambil tawaran dalam bidang lakonan, pengarahan serta kerja belakang tabir, isu ini timbul apabila nama Eizlan diumumkan sebagai Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

"Saya masih aktif menerima tawaran. Benar, ada yang salah faham menganggap saya sudah memperlahankan kerjaya selepas nama saya diumum sebagai salah seorang Ahli Perbadanan FINAS.

"Tapi, sebenarnya saya masih aktif seperti dahulu dan bila ada yang anggap saya perlahankan kerjaya seni, itu cuma salah faham sahaja," kata Eizlan kepada Gempak.

Dalam pada itu, Eizlan menganggap tanggungjawab sebagai Ahli Perbadanan FINAS bakal digunakan untuk memperkasakan industri.

"Saya orang industri, semuanya rakan-rakan saya. Mereka yang lebih tua saya anggap sebagai kakak dan abang manakala yang lebih muda saya anggap sebagai adik-adik saya.

"Kami bagaikan satu keluarga. Apabila saya dan yang lain diberi tanggungjawab dalam FINAS, kami berazam untuk menjalankan tugas untuk memperkasakan industri kreatif tanah air," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Eizlan bakal muncul dalam filem terbaru berjudul Town Mall.

“JANGAN ABAIKAN APA YANG KAU LIHAT!” . Apa akan terjadi apabila kita abaikan apa yang kita lihat? Nantikan TOWN MALL sebuah filem seram yang diinspirasikan daripada kisah benar. Dilakonkan oleh @eizlanyusof @adamshahz @reenrahim @intanladyana @jalaludinhassan dan ramai lagi. Bakal menghantui anda mulai 25 Jun ini hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda. . @eizlanyusof @adamshahz @reenrahim @intanladyana @jalaludinhassan @noralbaniah @errypu7ra @farahdhiya_fd . #townmall #filemtownmall #noveltownmall #janganabaikanapayangkaulihat #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Town Mall merupakan filem adaptasi novel popular tulisan Hasrudi Jawawi.

Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Ada Apa Dengan Dosa selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Ada Apa Dengan Dosa, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.