gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Komen Lucah Terhadap Anak Dr Amalina, Pemungut Sawit Didenda RM3,000!
HIBURAN
Fahrin Ahmad Kongsi Berita Sedih Kehilangan Ayah Tercinta - “Hati Terlalu Rapuh”
HIBURAN
Spekulasi Terjawab, Pempengaruh Chazynash Sahkan Sudah Bercerai - “Dalam Hal Ini,Saya Yang Bersalah”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

"Ramai Pasangan Muda Teruja Nak Kahwin Tapi Duit Tak Cukup" - Wani Kayrie

gempak
Amri Hassan
25/05/2025
05:42 MYT
Sponsor Banner
"Ramai Pasangan Muda Teruja Nak Kahwin Tapi Duit Tak Cukup" - Wani Kayrie
Penyanyi berbakat besar yang sering tampil dengan kelainan, Wani Kayrie kembali memeriahkan dunia muzik tempatan dengan single terbaharu bertajuk 'Cak Cak Cekuk', sebuah lagu pop moden bernuansa tradisional yang menyatukan elemen budaya lama dengan susunan muzik kontemporari.
Diterbitkan oleh label hiburan tersohor tanah air, Rocketfuel Entertainment, lagu ini merupakan hasil ciptaan bersama barisan komposer berbakat Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh.
“Pertama kali mendengar demo lagu ini, saya terus berkata 'Ini memang cerita hidup ramai pasangan muda masa kini! Tengah teruja hendak berkahwin, tetapi duit masih lagi tidak cukup'.
"Jadi apa kata kita rakam lagu ini dengan ‘vibe’ ceria tetapi sarat dengan makna,” kongsi Wani.
'Cak Cak Cekuk' mengambil inspirasi daripada lagu rakyat yang pernah dinyanyikan oleh ibu atau nenek kepada anak-anak kecil, lalu diberi nafas baharu yang segar dan moden.
“Lagu ini mengingatkan saya ketika zaman kecil dulu-dulu, ‘Cak Cekur Udang Gamit’ selalu dinyanyikan oleh para ibu atau nenek kepada anak-anak kecil yang sedang membesar. Apabila dapat peluang merakamkan lagu yang berunsur nasihat, saya memang sangat teruja.
"Saya rasa penting bagi kita sebagai generasi baharu bawa balik elemen budaya kita sendiri, tetapi dengan cara yang sesuai dengan zaman sekarang,” jelas Wani penuh semangat.
Lagu ini menggambarkan realiti yang dihadapi ramai pasangan muda hari ini, iaitu keinginan untuk mendirikan rumah tangga tetapi terbatas oleh keadaan kewangan.
Mesej yang disampaikan bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu bentuk pemahaman dan sokongan kepada golongan muda yang sedang merancang masa depan mereka bersama.
“Saya percaya ramai yang akan merasa dekat dengan lirik lagu ini. Kadangkala kita tidak perlukan majlis yang mewah, cukup dengan cinta dan keikhlasan,” kata Wani.
Dengan susunan muzik yang bertenaga dan lirik bersahaja, “Cak Cak Cekuk” membawa aura ceria tetapi penuh pengisian.
Lagu ini tidak hanya untuk hiburan, malah boleh menjadi penyuntik semangat buat mereka yang sedang membuat persiapan menuju alam perkahwinan.
“Lagu ini walaupun santai, tetapi mesejnya jelas – kalau dah sayang, kita usaha sama-sama. Tidak semestinya kena tunggu semua cukup baru boleh kahwin.
"Kita semua pernah merasa susah hendak capai impian, tetapi jangan putus asa. Saya sendiri ketika hendak memulakan kerjaya seni dahulu pun ada banyak cabaran, tetapi kita kena jalan perlahan-lahan, jangan berhenti.
"Macam bait lagu ini, ‘Perlahan dayung sampai hujung’ – itulah semangat yang saya hendak kongsi melalui lagu ini,” tambah Wani.
Dengan gaya penceritaan yang ringan dan penuh kasih sayang, lagu ini juga sangat sesuai dimainkan dalam majlis perkahwinan, sesi “bridal shower”, atau apa-apa acara berkaitan cinta dan ikatan kekeluargaan.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Lagu
#Wani Kayrie
#Duit
#Cak Cak Cekuk
Must-Watch Video