Ramai Penumpang ‘Tersekat’ Di Stesen Dato’ Keramat, Rupanya Ada Lelaki Terjatuh Di Landasan

Mya Amri
Disember 2, 2023 00:41 MYT
Tanda tanya penumpang Sistem Aliran Ringan (LRT) yang ‘tersekat’ di Stesen Dato’ Keramat pada Jumaat akhirnya terjawab apabila seorang lelaki berusia 27 tahun maut dengan kedua belah kaki digilis tren selepas terjatuh ke atas landasan.
Memetik Bernama, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Fabell Md Yasin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.05 malam, dan terpaksa mendapatkan bantuan juruteknik LRT untuk menggerakkan tren kebahagian belakang bagi mengeluarkan mayat lelaki itu.
“Lelaki itu digilis di bahagian kedua-dua belah kaki dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak petugas kesihatan,” katanya.
Sementara Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan berkata, susulan kejadian itu, jadual perjalanan LRT Laluan Kelana Jaya terjejas, menyebabkan waktu menunggu yang lebih lama.

Aku la tadi yg stuck kat lrt dato keramat tu. Bomba jpam ambulance semua sampai. Tapi sampai sekarang aku masih curious sebab apa. Now aku penat ini balik kerja lagi, let me know la sesiapa yg tahuu what happen ? pic.twitter.com/HSKoQ271kg

— tapawhere (@frdjlythr) December 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurutnya perkhidmatan rel alternatif, termasuk perkhidmatan bas sokongan, telah diaktifkan bagi menyokong operasi.
“Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian. Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat kejadian itu, dan atas kelewatan tren malam ini,” tulis kenyataan itu.
BERNAMA
#Viral #Tular #Maut #LRT #Lelaki Maut #Dato Keramat #Digilis #Terjatuh Landasan #Rapid Rail #Sistem Aliran Ringan