Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ramai Persoal Kenapa Beri Maid Pakai Handphone, Dr Say Perjelas Ada Polisi Berbeza - “Bila Dah Mula Kerja…”

Mya Amri
01/08/2024 08:05 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say menjawab persoalan netizen mengenai mengapa membenarkan pembantu rumah memiliki telefon.


Pembantu rumah Filipina, Indonesia ada polisi berbeza

Dr Say menjelaskan perkara itu menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Menurut Dr Say, pembantu rumah dari Filipina dan Indonesia mempunyai polisi berbeza.

“Mari saya cerita mengenai pembantu dari Filipina dan Indonesia ini berbeza polisnya. Saya ambil pembantu Filipina pada bulan April 2023 dan pembantu dari Filipina ada beberapa syarat yang perlu saya patuhi.

“Pertama gaji minimum wajib RM1,800 sebulan. Kedua, mereka wajib ada satu hari cuti dalam seminggu dan kalau kita nak dia kerja masa cuti, kena bayar RM70 sehari.

“Ketiga, telefon wajib diberikan kepada mereka untuk pegang cuma penggunaan telefon boleh dihadkan selepas waktu bekerja.

“Keempat, mereka wajib dapat lapan jam rehat yang berterusan.

“Saya ambil maid Indonesia pada Mac 2024 dan selalunya telefon dipegang majikan, tiada cuti dan gaji minimum hanya RM1500 sebulan.

“Jadi bila pembantu rumah Indonesia saya dah mula kerja, takkan saya tak bagi dia pegang telefon sewaktu pembantu Filipina sedang pegang telefon?

“Takkan pembantu rumah Indonesia saya tak ada hari cuti kalau yang Filipina ada cuti,” jelasnya.


Memilih polisi yang lebih humane

Jadi disebabkan itu, Dr Say berkata dia memilih polisi yang dirasakan lebih berperikemanusiaan.

“Berkaitan gaji, pembantu Indonesia dapat tahu daripada resit yang saya transfer bahawa gaji pembantu Filipina lebih daripada dia.

“Dia minta lebih tapi kami tak turuti. Jadi bila ada dua pembantu dari dua negara yang berbeza dengan dua polisi yang berlainan mestilah kita kena ikut yang mana lebih ‘humane’ yakni pembantu Indonesia ikut pembantu Filipina,” maklumnya.

Berikut merupakan penjelasan penuh Dr Say:

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Terdahulu, Dr Say mendedahkan dua orang pembantu rumahnya kantoi membawa masuk dua orang lelaki ke dalam rumah.

Ketika kejadian, mereka ditangkap tidak berbaju dan berselindung dalam selimut sementara anak ketiganya diletakkan di kerusi buai di atas lantai antara kedua-dua katil.

Disebabkan kejadian tersebut, Dr Say berpesan kepada orang ramai supaya berhati-hati menggunakan khidmat pembantu rumah.

#Indonesia #Filipina #Pembantu Rumah #Maid #Dr Say #Polisi
;