Berita
Ramai Puji Trailer Filem The Garden of Evening Mists Best! Tak Sabar Nak Serbu Pawagam Esok
Filem The Garden of Evening Mists (TGOEM) akan ditayangkan secara rasmi di pawagam esok, namun, sudah ramai yang meluahkan rasa tidak sabar untuk menontonnya sendiri.
Lebih-lebih lagi selepas mereka menonton trailer filem arahan pengarah dari Taiwan, Tom Shu-Yu Lin itu yang dimuat naik di Youtube menerusi saluran Astro Shaw.
Rata-rata memuji filem berkenaan yang dikatakan berjaya menarik perhatian mereka untuk pergi ke pawagam selepas melihat sendiri sedutan beberapa babak menarik yang dipaparkan dalam trailer berkenaan.
"Tak sabar untuk tonton filem #TheGardenofEveningMist ini. Mungkin bila tonton bersama orang yang tersayang membuatkan kita lebih menghargai, ataupun lebih menjadi manusia. Kau orang dah tengok trailer filem ini belum?," kongsi seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Embun Karina.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa pengguna lain juga turut meluahkan rasa tidak sabar untuk mendapatkan tiket filem itu esok.
"Aaah trailer The Garden of Evening Mists ni buat jadi tak sabar nak tunggu 16 Jan!
"Saya dah tak sabar nak tonton filem The Garden of Evening Mists!!," respons beberapa pengguna di Twitter.
Jadi, bagi anda yang belum menonton trailer ini, jom kita layan sebentar:
TGOEM menampilkan Sinje Lee bergandingan dengan heronya, Hiroshi Abe yang merupakan pelakon kelahiran Jepun.
Ia merupakan karya adaptasi novel tulisan novelis tempatan, Tan Twan Eng.
Filem tersebut mengisahkan kehidupan wanita bernama Teoh Yun Ling yang mahu membina taman Jepun demi mendiang adiknya, Teoh Yun Hong.
Bagaimanapun, Yun Ling kemudian menjalin hubungan terlarang dengan tukang kebun Jepun, Nakamura Aritomo.
Karya terbitan Astro Shaw dan HBO Asia itu mula menemui penonton di pawagam bermula esok.