Laman Utama

Ramai Rasa Sayu Bila Izzah Menangis Ketika Bertemu Aisyah Hijanah

gempak
Izwan Isa
05/12/2023
00:55 MYT
Sponsor Banner
Ramai Rasa Sayu Bila Izzah Menangis Ketika Bertemu Aisyah Hijanah

Pertemuan antara Naik Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan pempengaruh Aisyah Hijanah telah mencetuskan diskusi dalam kalangan pengguna media sosial pada Isnin.

Menerusi sepotong video yang dimuat naik di platform X, Izzah dilihat berbual dengan Aisyah, sementara wanita yang terkait dengan kontroversi orang ketiga dan polemik rumah tangga itu tekun mendengar kata-kata yang dikongsi oleh tokoh politik tersebut.

BERITA TRENDING: Lagi Pendedahan! Individu Dakwa Kakak Kandung Fatin Umaidah Dibuang Keluarga Sebab Tak Setuju Adik Kahwin Dengan Alif Teega

Sebelum mengakhiri pertemuan singkat itu, Izzah dilihat gagal menahan sebak lalu mengalirkan air mata dan terus memeluk Aisyah.

Meninjau ruangan komen, kelihatan beberapa respons positif yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial
Difahamkan, pertemuan Izzah dan Aisyah berlaku di pesta buku dengan Aisyah terlibat sebagai salah satu vendor.
Terdahulu, kisah rumah tangga Aisyah dan suaminya, Alif Teega menjadi perbualan dalam kalangan warga Malaysia susulan Alif mengumumkan telah menikah untuk kali kedua ketika Aisyah didakwa sedang hamil.

BERITA TRENDING: Aliff Teega Mengaku Kahwin Dua - “Terima Kasih Isteri Pertama Saya Kerana Bersabar”

Lebih memburukkan keadaan, beberapa perkongsian di media sosial turut mendedahkan yang Alif pernah mengasari Aisyah. Antara perkongsian yang tular baru-baru ini adalah rekod perubatan dari sebuah klinik dan rakaman voice note yang mengandungi suara didakwa milik Aisyah dan Alif.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live