,
Laman Utama

Ramai Salah Faham, Zulin Aziz Mohon Hentikan Fitnah – “Stop Manipulate, Semoga Allah Ampunkan Dosa-Dosa Korang”

Mya Amri
02/08/2021
04:52 MYT
Pelakon Zulin Aziz meluahkan rasa kecewa apabila komennya di akaun Instagram penyanyi Siti Nordiana telah dimanupulasi oleh sesetengah pihak.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya, Zulin memohon hentikan sebarang dakwaan berbaur fitnah terhadap dirinya.
“Aku tetap baik dengan dua-dua. Aku tau apa aku cakap, apa niat aku. Yang lain… Ikut korang lah. Yang fitnah? Semoga Allah ampunkan dosa-dosa korang.
“Kepada semua, baca dengan hati yang hitam, otak yang negative akan nampak semua benda tak baik. Aku bukanlah orang hati busuk macam korang fitnah tu sampai cakap aku dengki lah apa lah.
“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah, Amin. Tugas aku menegur sebagai kawan untuk dua-dua dah settle. Stop manipulate. Stop fitnah aku.
“Aku kawan dengan semua orang. Tak pernah aku gaduh-gaduh, dengki-dengki. Aku ni support kawan-kawan lagi ada.
“Kalau kenal aku, korang tahulah. Yang tak kenal aku tu selalunya akan cakap itu ini. Aku tak sokong pun kalau benda salah. Aku juga tak sokong kalau terus berbalah. Doakan baik-baik untuk mereka,” tulisnya.
Menerusi itu juga, Zulin turut memuat naik mesej tangkap layar perbualan secara Direct Massage (DM) Instagram bersama Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana.
Memahami keadaan Zulin, Nana juga turut memohon maaf disebabkan keadaan berkenaan.
"Aku faham babe. Aku pun minta maaf. Kau dah DM aku ni pun aku rasa dah bersyukur sangat. Moga Allah pelihara kita babe. Insya-Allah. Amin," tulis Nana.
Terdahulu, komen Zulin di akaun Instagram Siti Nordiana berkenaan dengan membuat tuntutan permohonan maaf secara terbuka berserta bayaran RM200,000 terhadap lima sekawan itu telah disalah ertikan oleh netizen.
Komen Zulin yang mengatakan “hmmmm… nak buat apa RM200,000 tu, dapat ke ubat hati yang terluka,” itu juga teruk mendapat kecaman netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Hiburan

“Nak Jadi Anak Seni Jiwa Kena Kental” - Siti Nordiana Syukur Tak Pernah Dibuli, Artis Lama Lebih Suka Kongsi Ilmu

gempak
18/11/2024
23:55 MYT
Penyanyi dan aktres, Siti Nordiana berpendapat setiap individu yang berkeinginan untuk memasuki dunia seni, mereka seharusnya memiliki jiwa yang kental.
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Unitar