Hiburan
"Ramai Sangat Tanya, Macam Mana Saya Boleh Bertenaga Sewaktu Bulan Puasa" - Ini Jawapan King Coco... Padu Beb!
Personaliti media sosial, King Coco menjawab persoalan beberapa netizen yang menuduhnya seperti tidak berpuasa kerana kelihatan bertenaga.
Menerangkan situasi sebenar, King Coco atau nama sebenarnya, Mashaira Ismail memuat naik sepotong video untuk menjawab tanda tanya netizen.
Menurut King Coco, puasa tidak boleh membuatkan seseorang jadi 'lemau'.
"Puasa pun malas, tak puasa pun malas. Memang bukan sebab puasa je kau tak ada tenaga. Sebab kau pemalas.
"Senyum juga sedekah, don’t skip to smile hanya sebab kau berpuasa, don’t skip to laugh and do your routine (except makanlah of course) okay sekian dari saya. Selamat beramal," tulis King Coco di ruangan kapsyen.
Tambah King Coco lagi, berpuasa tidak menghalang seseorang itu menjalani kehidupan seperti biasa.
King Coco kini mempunyai lebih 466,000 pengikut di laman Instagram dan mula terkenal selepas videonya bercakap dengan 'slang' tersendiri kerana mempunyai darah campuran viral di laman sosial.