"Ramai Sangat!" - Walau Dikutuk, Datuk Boy Iman Masih Diserbu Peminat

Amri Hassan
Januari 16, 2018 04:49 MYT
Pelakon yang kini bergelar penyanyi, Datuk Boy Iman mengakui dia masih diserbu peminat ketika berkunjung ke sebuah negeri selatan tanah air baru-baru ini.
Walaupun muzik video lagu sulungnya, #MalasNakLayan mendapat kutukan dan kecaman netizen, Datuk Boy Iman menerima dengan hati terbuka.
"Setiap kritikan, kecaman, kutukan, makian, pujian, sokongan dan apa sahaja saya terima dengan hati terbuka.
"Apa yang saya terjemahkan melalui percakapan dan perbuatan dalam muzik video ini (#MalasNakLayan) tidak lain tidak bukan untuk memberi reaksi kepada apa yg netizen cakap atau buat kepada diri saya dan apa yang saya rasa sepanjang saya dilanda "musibah".
"Saya bersyukur apa yang Allah susun dan atur untuk hidup saya, baik dan buruk saya terima dengan reda.
"Terima kasih jua kepada orang di Johor Bahru yang sudi bergambar dengan saya apabila berjumpa. Ramai sgt.
"Tanpa anda semua siapalah saya sebagai selebriti," tulisnya dalam entri terbaharu di Instagramnya.
Muzik video #MalasNakLayan yang dilancarkan pada 12 Januari lalu telah ditonton sebanyak 28,000 kali dan mendapat 3,000 dislike.
Terkini, ruangan komen muzik video itu di YouTube telah ditutup.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @boyiman_dbi, YouTube
#Penyanyi #Penyanyi #MalasNakLayan #Datuk Boy Iman