Berita

Ramai Sangka Kulit Berminyak Tak Perlukan Krim Pelembab… Ini 3 Mitos Tentang Kulit Wajah Anda!

gempak
Syafiqah Jalal
10/11/2019
00:29 MYT
Sponsor Banner
Ramai Sangka Kulit Berminyak Tak Perlukan Krim Pelembab… Ini 3 Mitos Tentang Kulit Wajah Anda!
Setiap manusia mempunyai jenis kulit wajah yang berbeza-beza, ada yang kering, berminyak dan ada mempunyai kulit wajah yang tidak sekata.
Namun, penjagaan untuk semua jenis kulit wajah juga berlainan supaya ia tidak mendatangkan mudarat di masa akan datang.
Bagaimanapun, ramai yang membuat andaian sendiri sehingga wujudnya mitos yang tidak betul tentang penjagaan kulit wajah, terutama bagi kulit berminyak.
Justeru pusat penjagaan serta rawatan wajah, NOVU Asthetic berkongsi mengenai tiga mitos yang sering disalah anggap tentang penjagaan kulit wajah.
1. Kulit Berminyak Tidak Perlukan Krim Pelembap
Ini mitos yang biasa didengar kerana ramai yang mempunyai kulit berminyak bimbang wajah mereka akan lebih berminyak jika memakai krim pelembab.
Namun ia ternyata salah kerana fungsi pelembab sebenarnya adalah untuk mengurangkan air yang terkandung dalam kulit wajah dan akan mengekalkan kelembapan pada kulit.
2. Kulit Berminyak Tidak Perlukan Hidrasi
Ini juga mitos yang sering di salah anggap oleh ramai orang! Ramai yang tidak tahu kulit berminyak juga perlu hidrasi untuk nampak lebih radian.
Malah, jika kulit berminyak kekurangan air dia akan menyebabkan kehausan dan ia boleh menghasilkan kulit yang lebih berminyak
3. Krim Pelindung Cahaya Matahari Penyebab Jerawat
Ramai yang ambil ringan tentang penggunaan krim pelindung cahaya matahari kerana merasakan ia tidak penting. Namun tahukah anda krim pelindung cahaya matahari bukan penyebab masalah kulit wajah atau jerawat?
Apa yang penting, krim pelindung ini perlulah di bersihkan dari wajah dengan menggunakan pembersih solekan meskipun anda tidak mengenakan apa-apa solekan.
Bagaiman pun, masalah kulit wajah ini tidak pernah tamat dan bagi menyelesaikan masalah kulit wajah yang dialami, NOVU Asthetics memperkenalkan rawatan wajah terbaharu iaitu NOVU Acne Dote P+ Phyto Laser.
Rawatan lembut laser pada wajah ini bakal memberi kesan yang terbaik dari dalam kulit wajah anda. Malah dengan rawatan ini ia akan membersihakn kulit wajah anda dari dalam termasuk kotoran dalam pori.
Selain itu ia dapat mengawal minyak dalam kulit anda, mengecutkan jerawat yang ada pada kulit wajah, mengurangkan pigmentasi, membaiki tona kulit serta stimulasi kolagen dalam kulit wajah anda!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024