Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Ramai Setuju Dengan Fasha Sandha – “Anak-Anak Dah Habis Kuarantin, Tapi Bila Masa Sukar Baru Kita Tau Siapa Kawan…”

Fiza Kamarudin 09/02/2022 | 11:43 MYT
Pelakon popular, Fasha Sandha meluahkan rasa syukur selepas anak-anaknya Putra Rayfal dan Putri Jemyma tamat tempoh kuarantin.
Sebelum ini Putra Rayqal dan Putri Jemyma terpaksa menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari selepas rakan sekolah mereka disahkan positif Covid-19.
Bagaimanapun kata Fasha, selepas melalui pengalaman melihat anak-anak yang terpaksa dikuarantin dia mula belajar mengenai sesuatu.
Katanya, apabila berada dalam keadaan sukar dia lebih mengenali siapa kawan dan sebeliknya serta ada juga yang takut dengan mereka.
Menurut Fasha lagi, lebih mengejutkan ialah apabila kawan-kawan yang kononnya rapat sebelum ini langsung tidak ambil peduli apatah lagi bertanya khabar.
“Finally, after ten days of quarantine .Hard times will always reveal true friends…Nangis aku tengok scene ni. Sumpah!
“Haih, bila bad times baru kita tau, siapalah kawan yang betul-betul kawan, siapa yang langsung tak peduli, siapa yang selalu drop by depan rumah tanya khabar, siapa yang takut dengan kita.
“Suprisingly, yang rapat tu lah yang tak peduli dan takut dengan kita. Tanya khabar pun tak,” katanya.
Fasha menulis mengenai perkara tersebut menerusi hantaran video di laman sosial Instagram (IG)nya yang memaparkan Putra Rayqal dan Putri Jemyma gembira apabila dapat bertemu rakan-rakan mereka.
Fasha kemudiannya turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan Putra RAyqal dan Putri Jemyma kerana selalu mengambil berat.
“Thank you darling Chanela and Elsa Erisa, and Nurin…I love four of you more and more now.
“Setiap hari lalu tanya khabar, tanya bila boleh keluar main sama, tanya sihat ke tak…Tersentuh hati ibu.
“Kepada yang bertanya, yes anak-anak saya quarantine selepas salah sorang budak dari sekolah positif covid.
“Alhamdulillah anak-anak saya sihat, negatif dan habis quarantine. Syukur Alhamdulillah,” katanya.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Tiga hari lalu Fasha memuat naik hantaran di IG menunjukkan dia dan keluarga melakukan ujian calitan PCR di kediaman mereka.
Hasil ujian, menunjukkan keputusan negatif.
#Fasha Sandha #COVID-19 #Anak Kuarantin
;