Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ramai Suka Guna Spray Gun, Ingatkan Okay Rupanya Ada Risiko Lain! Ini Nasihat Dr Izzar

Mya Amri
09/09/2021 13:15 MYT
Sejak negara dilanda pandemik, rata-rata segala produk yang dijual bertujuan untuk memerangi wabak COVID-19 laris di pasaran.

Ini temasuklah hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman, pelitup muka, topeng muka, sarung tangan dan sebagainya.

Terbaharu timbul pula tentang keperluan penggunaan spray gun atau alat penyembur khas untuk mengurangkan risiko jangkitan virus.

Bagaimanapun penerangan menurut Dr Sashini Seeni di forum kesihatan Malaysia, Doctor On Call (DOC), tiada kajian yang menujukkan keberkesanan Nano Mist Spray dalam mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

“Oleh itu, anda digalakkan agar mengunakan bahan pencuci yang sebetulnya iaitu hand sanitizer dengan peratusan alkohol yang disarankan iaitu 65 peratus ke atas.

“Selain itu, anda juga perlu untuk mengamalkan langkah pencegahan lain seperti mencuci tangan dengan sabun dan air.

“Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci. Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19.

“Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang. Mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin. Pakai pelitup muka di tempat awam,” jelasnya.


Dalam pada itu, suami kepada pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar Anwari juga menasihatkan agar orang ramai memahami risiko penggunaan Spray Gun.

“Korang mesti perasan banyak jual produk Spray Gun untuk nyah-infeksi (disinfection) permukaan-permukaan di rumah.

“Sebenarnya, ada banyak jenis alat spray ni iaitu electrostatic sprayer, fogger, misters, atau vaporizer. Alat-alat ini berfungsi dengan menukar chemical disinfection itu ke bentuk aerosol, lalu ia juga akan berada lama di ruang udara terutamanya jika kawasan tu ventilasi tidak bagus. Chemical dalam bentuk aerosol ni boleh memudaratkan kulit, mata, atau pernafasan kita.

“CDC tak kata dia menggalakkan ada tidak menggalakkan penggunaan alat-alat untuk nyah-infeksi C-19 di ruang umum. Tapi, jika digunakan, ia harus digunakan dengan sangat SANGAT BERHATI-HATI / EXTREME CAUTION,” kongsinya.

Jelas Dr Izzar, antara risiko yang perlu diberi perhatian adalah:

1. Pendedahan kepada disinfectant chemical dalam bentuk aerosol boleh memudaratkan kulit, mata, dan pernafasan

2. Risiko mudarat adalah lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan, atau tempat anak-anak bermain.

3. Setiap alat berbeza mempunyai cara penggunaan dan risiko keselamatan berbeza. Biar orang terlatih yang buat. Saya pun tak reti.

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)


Dalam perkongsian yang sama, Dr Izzar juga memaklumkan mencuci permukaan dengan sabun atau detergen sudah memadai untuk mengurangkan COVID-19.

“Dalam kebanyakan keadaan, mencuci permukaan dengan sabun atau detergen SUDAH CUKUP untuk mengurangkan C-19.

“Lepas tu kalau nak lebih sikit, disinfect la dengan kaedah biasa seperti lap dengan cecair, wipes, atau disinfectant spray bottles. Dah memadai tu. Memangla tak canggih atau cool macam spray gun tu, tapi lagi selamat.

“Jadi, bagi saya untuk penggunaan rumah, TAK PERLU SPRAY GUN. Kalau nak guna lecehlah bagi saya. Risiko pun tinggi kalau guna dengan cara salah,” jelasnya.
#Viral #Dr Izzar #Dr Izzar Anwari #Gempak Kongsi #Gempak Shares #Nano Mist Gun #Spray Gun
;