Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ramai Suka OST Filem Imaginur Sampai Jadi Trending, Rupanya Lagu Hasrat Dinyanyikan Amir Jahari

Mya Amri
05/03/2023 11:45 MYT
Filem Imaginur yang kini ditayangkan di pawagam mendapat sambutan hangat penonton.

Tidak hanya filem malah runut bunyi Imganur juga turut mendapat perhatian dan rata-ratanya menyukai lagu tersebut.

Lagu berjudul Hasrat itu merupakan single terbaharu Amir Jahari dan ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi itu.

Menurut Amir, Hasrat mengambil inspirasi daripada intipati filem berkenaan iaitu persoalan-persoalan dan idea-idea yang dikemukakan dalam penceritaannya.

“Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya membuat OST filem. Filem pertama adalah Orang Itu, sebuah filem dari Low Ngai Yuen yang keluar pada tahun 2018. Cuma untuk OST FImaginur, Hasrat ini adalah sangat dekat dihati saya.

“Saya memang bercita – cita untuk membuat OST filem kisah cinta. Apabila Pengarah Filem Imaginur, Nik Amir Mustapha sendiri menghubungi saya untuk bekerjasama, saya memang sangat teruja.

“Tidak sangka dan tanpa banyak fikir, saya terus setuju dan hantar demo padanya berdasarkan sinopsis yang diberi. Alhamdulillah beliau setuju dan proses seterusnya mudah sahaja.

‘’Untuk mengetahui maksud lagu ini, filemnya harus ditonton dahulu, kerana gambaran keseluruhan pada lagu Hasrat boleh dilihat di saat kemuncak filem tersebut’’ jelasnya.

Hasrat terbitan Lumatic Films dan edaran secara digital oleh Luncai Emas Sdn Bhd ini mendapat perhatian ramai di media sosial.

Malah lagu ini juga turut trending di Twitter dan berada di tangga ke-13 dalam Carta Malaysia 50 di aplikasi Spotify.

Hasrat sudah boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Itunes, kkbox dan Deezer, muzik videonya juga sudah sedia untuk ditonton di Youtube Luncai Emas Sdn Bhd.

Untuk info, Imaginur yang diterbitkan oleh Lumatic films merupakan sebuah filem kisah cinta ber-genre sci-fi ataupun fiksyen sains, arahan Nik Amir Mustapha dan menggandingkan dua orang pelakon popular iaitu Beto Kusyairy dan Diana Danielle selaku teraju utama.

Imaginur adalah sebuah kisah cinta, mengisahkan tentang seorang lelaki yang mimpikan seorang gadis, kemudian setelah melalui proses hipnosis, tiba-tiba dapat berjumpa di alam realiti. Bolehkah kita dipukau untuk bercinta?

#OST #Amir Jahari #Hasrat #Imaginur #OST Filem