Kumpulan nasyid popular, Inteam dan kumpulan VE bergabung merakamkan semula lagu qasidah Allah Allah Aghisna yang semakin popular di carian internet terutama di Insgtaram dan TikTok.

Inteam yang dianggotai Mohd Syahril Abdul Khalid, Muhammad Hazamin Harun, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim Osman itu memberitahu projek itu khas dilakukan sempena Maulidur Rasul yang lalu.

"Kami pilih lagu ini kerana ia lagu yang semakin popular dan ramai pula berminat buat 'cover'. Maknanya lagu ini pun sangat baik.

"Mengenai kolaborasi dengan VE kami sudah lama berhasrat untuk bekerjasama. Kami juga pernah terbabit dalam program Maulid dan Malam Cinta Rasul dengan mereka sebelum ini.

"Jadi kami melihatnya sesuai pula qasidah ini dibuat semula untuk Maulidur Rasul. Liriknya juga relevan kerana kita memohon kepada Allah supaya membantu kita," kata Syahril.

Mereka berkongsi perkara tersebut dalam satu sidang media virtual bercakap mengenai lagu berkanaan yang dimuat naik di saluran Inteam Digital sejak 18 Oktober lalu.

Sementara itu, VE yang dianggotai Zaf, Adeep Nahar, Hakim dan Cham memberitahu qasidah itu dirakamkan semula untuk lebih mudah difahami dan dihayati dalam bahasa ibunda.

“Qasidah yang lagu kita dengar biasa semua sepenuhnya dalam bahasa Arab jadi dalam lagu ini kami rakamkan semula dengan melakukan sedikit arrangement yang turut memuatkannya dalam terjemahannya bahasa Melayu juga.

“Arrangement baru untuk muzik dan lirik lagu ini kerana saya perasan ramai yang suka menyanyikannya tapi tak faham maksud atau terjemahannya dalam bahasa Melayu,” beritahunya.

Allah Allah Aghisna rakaman semula yang dimuat naik ke laman Youtube ini sudah mendapat lebih 21,000 tontonan dalam tempoh seminggu.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!