Bintang Gegar Vaganza (GV7) Cliff Umar akui gementar sewaktu menyampaikan lagu Dialah Di Hati nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Cliff berkongsi perasaannya menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Cliff, sokongan daripada peminat membuatkan dia berusaha untuk memberikan persembahan terbaik pada malam Ahad lalu.

“Alhamdulillah, syukur saya dapat teruskan ke minggu kelima. Kalau nak tahu saya memang gila-gila nervous tapi semangat korang yang berikan sokongan kepada saya…

“Saya benar-benar tak mahu kecewakan anda seperti mana yang berlaku pada minggu lalu. Saya harap anda semua sukakan persembahan saya dengan lagu Datuk Siti Nurhaliza,” ujarnya.

Alhamdulillah.. i am given a chance to entertain you for another week, woohoo!!!

A post shared by @ cliffumarpistol on


Dalam pada itu, Cliff juga mengulas mengenai persembahannya pada malam tersebut menerusi video pendek bersama Ria X.

“Key memang ada turun, ini adalah keistimewaan Tok Ram. Dia tahu mana kemampuan penyanyi, hebat di bahagian mana, tinggi kat mana.

“Jadi Tok Ram ubah lagu ini ngam-ngam dengan key saya, kalau nak tahu saya tak boleh nak pergi lagi tinggi daripada ini dan tak boleh nak pergi lagi rendah daripada ini.

“Ini adalah lagu yang sempurna untuk tonjolkan key tinggi dan rendah saya,” jelasnya.

Memang best lah persembahan @cliffumar malam ni??? dengar cerita tok ram banyak bagi tips dekat boy untuk bawa lagu perempuan.. Tips apa tu?? #GegarVaganza2020 #RiaXGV7 #MaraSuaraMembara #GegarVaganza2020 #NormaBaharu

A post shared by Ria X (@officialriax) on


Terdahulu, Cliff berada di tangga keenam minggu lalu dengan peratusan markah sebanyak 63.00%.

BACA: Dua Penyingkiran, Eva dan Indigo Tinggalkan GV7

BACA: Corat-Coret GV7: Vibrato Berganda Rozita Izlyn, Tok Ram Kecek Kelate & Petikan Gitar Linda Nanuwil


Indigo mendapat jumlah markah sebanyak 55.20 % manakala Eva memiliki markah terendah iaitu 55%.

BACA: GV7: Sipi-Sipi Rupanya Nomad, Indigo Dan Eva! Ini Recap & Komen Juri Minggu Empat

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.