Ramai Tak Puas Hati Redza Jadi Song Seung Heon, Tuan Badan Jawab - “Siapalah Saya Nak…”
Mya Amri
20/09/2023 05:55 MYT
20/09/2023 05:55 MYT
Pelakon Redza Rosli mengakui untuk menerima tawaran membawakan watak hero dalam drama adaptasi Korea Autumn In My Heart iaitu Luruhnya Bunga Cinta bukan sesuatu yang mudah.
Pasti akan wujudnya perbandingan di antara watak asal yang dimainkan oleh pelakon terkenal Korea, Song Seung Heon dan juga karakter dibawa Redza.
Tidak cepat melatah, Redza berkata dia percaya pada rezeki dan akan menggalaskan tanggungjawab untuk membawakan naskhah popular ini dengan baik.
“Saya fikir juga kenapa saya yang dipilih tapi ini sebenarnya soal rezeki. Ditawarkan… Maknanya di sebalik ditawarkan itu ada maksudnya.
“Contoh diamanahkan, diberi kepercayaan, tanggungjawab, jadi siapa saya nak menolak rezeki Allah.
“Apa pun saya menghormati rezeki yang datang pada saya sebab saya pun manusia biasa, perlu bekerja, ada komitmen yang perlu kita buat.
“Jadi benda ini berbalik pada soal rezeki, saya hargai apa sahaja rezeki yang datang.
“Mungkin ini yang terbaik untuk saya, orang dah bagi tanggungjawab, kepercayaan, kita buat yang terbaik, itu sahaja,” katanya ketika ditemui Gempak.
Redza ditemui di sidang media drama slot Akasia Luruhnya Bunga Cinta, bertempat di sebuah restoran baru-baru ini.
Song Seung Heon merupakan hero asal Autumn In My Heart
Mengulas mengenai kritikan netizen terhadap pemilihannya sebagai hero untuk naskhah berkenaan, Redza berkata mereka berhak untuk berkata apa sahaja.
“Saya menerimanya dengan hati terbuka dan menghormati rezeki yang datang pada saya.
“Netizen… Itu hak mereka untuk bercakap apa-apa sahaja, kita jangan ambil yang negatif sebab benda itu ada positifnya juga.
“Mungkin ada kesilapan saya sebelum ini, kerja-kerja saya sebelum ini yang mungkin saya terlepas pandang.
“Bila orang nak berkata pasal saya, tak kira apa sahaja, saya terima sebab mereka berhak untuk berkata apa-apa sahaja tentang saya,” ujarnya.
Luruhnya Bunga Cinta merupakan adaptasi drama Korea popular, Autumn In My Heart.
Siri drama terbitan Global Station Sdn Bhd itu bakal menemani penonton bermula 19 September depan, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam menerusi strim di iQIYI.
Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Muhamad Riza Baharudin dan penulisan skrip oleh Hafiz Halim, Intan Zarina Mohd Yasin dan Farah Bani.
Luruhnya Bunga Cinta turut dibintangi oleh Redza Rosli yang menjayakan watak Nuh, Tracie Sinidol (Nuha), Bella Luna (Aleen), Auni Yusrii (Aara), Aniq Durar (Anwar) dan ramai lagi.

#Redza Rosli
#Song Seung Heon
#Autumn In My Heart
#iQiyi
#Adaptasi
#Adaptasi Drama Korea
#Luruhnya Bunga Cinta