Mungkin ramai yang sedia maklum bahawa tiada waris atau ahli keluarga dibenarkan melawat sebarang pesakit COVID-19.

Arahan itu dibuat berdasarkan faktor keselamatan dan keberangkalian pelawat dijangkiti virus tersebut.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini tularnya sebuah video yang mendakwa seorang wanita terlepas masuk ke wad pesakit Covid-19 untuk melawat ahli keluarganya di hospital Miri, Sarawak.

Video tersebut kemudian telah menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah netizen.

Walaubagaimanapun, menerusi kenyataan pihak hospital, insiden berlaku akibat keengganan ahli keluarga pesakit memberikan kerjasama dalam mematuhi polisi hospital.

"Sebaik saja sesi kaunseling diberikan, ahli keluarga itu mengaku bahawa dia mengalami kerisauan terhadap pesakit.

“Malah ia turut menyebabkan tekanan emosi yang tinggi.

"Pihak hospital juga ingin menjelaskan bahawa insiden ini bukan berlaku di Wad Pesakit Covid-19," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, pengurusan Hospital Miri meminta orang ramai menghentikan penyebaran video tersebut di media sosial bagi melindungi kepentingan pesakit dan keluarga mereka.

“Insiden tersebut juga telah selesai dengan bantuan daripada pihak polis,” katanya.

Untuk pengetahua anda, rakaman di hospital itu mular tular di media sosial apabila wanita yang juga ahli keluarga pesakit bertekak dengan beberapa petugas kesihatan.

Menerusi rakaman itu juga petugas tersebut turut meminta wanita terbabit beredar, namun wanita berkenaan tetap berkeras enggan berbuat demikian.