Pelakon Hairul Azreen mencuri perhatian ramai apabila memuat naik video dia berlatih bermain badminton.

Perkara itu dikongsi Hairul menerusi satu posting di Instagramnya.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah kemunculan Datuk Lee Chong Wei yang turut berkongsi gelanggang.

Malah, menerusi video berdurasi 15 saat itu, Hairul dilihat sedang mengajar Chong Wei teknik bermain badminton dengan betul.

“Ramai tak tahu saya lah personal coach wira negara Datuk Lee Chong Wei,” katanya.

Video berkenaan kemudian mencuit hati netizen apabila ramai yang menyifatkan pemain hebat itu sebagai seorang yang sangat merendah diri.

Biarpun telah bergelar lagenda dalam sukan badmiton, namun Chong Wei masih ‘sporting’ melayan gurauan dan jenaka Hairul.

Selain itu, tidak kurang juga ramai yang meminta supaya dua figura ini disatukan dalam sebuah filem.

“Gabung la buat filem terus dua-dua” kata seorang pengguna Instagram.

“Abang Hairul ajar Datuk boxing dengan martial arts la, berlakon sama,” kata seorang lagi netizen.

Anda boleh lihat video penuh di bawah.

Ramai tak tahu saya adalah personal coach Wira negara Datuk @leechongweiofficial ?? , ? @joelee_c_h

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on