Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ramai Tanya Apakah Fungsi Slip Pembaharuan Lesen Memandu? Ini Fakta Mengenai LLM Yang Perlu Anda Tahu

Izwan Isa
13/02/2024 12:00 MYT
Mulai 1 Februari lalu, pengguna jalan raya sudah boleh menikmati kemudahan memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) menerusi aplikasi telefon pintar, MyJPJ.

BERITA TRENDING: Lesen Memandu, Kenderaan Boleh Diperbaharui Menerusi Aplikasi MyJPJ Bermula 1 Februari Ini

Hal ini bukan sahaja melicinkan urusan memperbaharui LMM dan LKM, malah, ia juga menjimatkan masa, kos serta dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter-kaunter JPJ.

Sungguhpun LMM ini tersedia secara digital menerusi aplikasi MyJPJ, namun, masih ada dalam kalangan pengguna jalan raya yang menginginkan dokumen yang dicetak secara fizikal sebagai bukti lesen memandu telah pun diperbaharui.

Pengguna jalan raya boleh memohon untuk mendapatkan slip pembaharuan LMM yang baru sahaja diperkenalkan di Malaysia.



Begitupun, slip pembaharuan LMM ini bukanlah pengganti kekal lesen memandu fizikal yang kita gunakan sebelum ini. Slip pembaharuan ini digunakan sebagai dokumen sokongan yang anda perlu kemukakan kepada pihak berkuasa bersama-sama lesen memandu sebelum ini jika diminta.

Namun, jika anda memperbaharui LMM secara digital (e-LMM), apa yang perlu anda lakukan hanyalah menunjukkan paparan aplikasi MyJPJ.



Slip ini boleh didapati di kaunter JPJ atau ejen sah seperti Pos Malaysia dan MyEG. Ia hanya dikeluarkan kepada pemegang lesen memandu Malaysia yang sah.

Selain itu, anda juga boleh memperbaharui LMM melalui laman mySIKAP, tetapi perlu ingat untuk menandakan pilihan slip pembaharuan. Tiada sebarang bayaran tambahan jika anda mahukan slip ini, kerana kosnya sudah dimasukkan sekali dalam jumlah yang anda bayar untuk pembaharuan LMM.

Namun, jika slip tersebut hilang atau rosak, anda perlu membayar RM20 untuk mendapatkan salinan baru.

Menurut JPJ, slip pembaharuan LMM ini hanya boleh digunakan di Malaysia sahaja. Ia bagaimanapun tidak sah untuk digunakan di negara luar.



Jika ada dalam kalangan anda merancang untuk memandu di negara lain, mendapatkan kad fizikal di kaunter JPJ dengan bayaran RM20. Sama dengan e-LLM, ia tidak boleh digunakan di negara luar dan anda perlu mendapatkan kad fizikal dari JPJ.

BERITA TRENDING: Nak Bawa Kereta Kawan Tapi Tiada e-LKM? Ikuti 3 Langkah Mudah Ini Untuk Kongsi Road Tax Kenderaan Menerusi…

Untuk mendapatkannya, anda perlu mengemukakan bukti atau dokumen sokongan untuk urusan luar negara tersebut, seperti tiket perjalanan, surat tawaran, passport atau dokumen lain. Ada negara tertentu juga memerlukan permit memandu antarabangsa (IDP), yang mana kalau anda memerlukannya, terdapat bayaran tambahan lain.

Sumber: Paultan

#JPJ #Slip Pembaharuan Lesen Memandu
;