Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Ramai Terharu Reaksi Watie Bila Video Call Adik Iras Arwah Sarah - “No Wonder Shuib Pilih Dia, Sangat Memahami”

Mya Amri
09/07/2023 01:00 MYT
Reaksi isteri pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah sewaktu suaminya membuat panggilan video bersama kanak-kanak seiras arwah Siti Sarah menarik perhatian ramai.

Menerusi video pendek yang dikongsi Shuib di akaun Instagram miliknya merakamkan momen Watie sedang melihat suaminya berbual bersama kanak-kanak itu yang benama Miza.

Video tersebut jelas kelihatan wajah Shuib yang begitu gembira melihat adik Miza dan Watie pula mengakui kanak-kanak itu sememangnya seiras dengan arwah isteri suaminya.

“Samalah yang, dia buat mata macam tu terus sama… Dia macam segan nak tengok muka you yang,” tutur Watie lembut.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Disebabkan itu jugalah ramai yang mula sedar dengan kelebihan wanita itu selain tertarik dengan kelembutan Watie apabila bertutur dengan suaminya.

BACA: “When I Need Someone To Talk, Dia Akan Ada Walaupun Cerita Itu Tentang Arwah Sarah…” - Shuib Hargai Watie, Dedah Perangai Isteri

Antara komen yang diterima:

“Suka dengan Watie, ada setengah perempuan kalau suami terkenang arwah isteri mesti isteri baru akan cemburu. Tapi Watie ni best, dia faham sangat Shuib, semoga berkekalan hingga ke Jannah,”

“Aku rasa Watie memang hebat, dia boleh terima dengan hati yang terbuka siapa arwah Sarah dalam keluarga Shuib. Shuib yang beruntung dapat Watie sebenarnya,”

“Patutlah Shuib pilih Watie… Sebab dia boleh terima yang arwah Siti Sarah tetap ibu dan anak-anaknya,”

“Patutlah Shuib pilih Watie… Sabarnya Watie, bukan semua wanita boleh menahan hati cemburu,”

BACA: BACA: Gembira Shuib Bertemu Jodoh, Bapa Arwah Siti Sarah Pesan - “Jaga Perasaan Isteri Seperti Mana Layan Arwah Dulu"

Terdahulu, dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad kini suami kepada Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah (Watie) kira-kira jam 8.47 malam pada 23 Jun lalu.

Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Putra Glass Hall, Putra Height, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288.

Shuib sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada tahun 2011.

Hasil perkongsian hidup bersama arwah Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2.

#Siti Sarah #Shuib #Arwah Siti Sarah #Watie Hanifiah
;