Ramai Terkejut Peniaga Jual Aiskrim Malaysia Sampai RM6 Sebatang! - "Seriuslah Masuk Event Terus Naik Harga?"
Ainun
23/09/2024 03:55 MYT
23/09/2024 03:55 MYT
Tular di aplikasi X apabila seorang individu menzahirkan rasa kecewa dan terkejut melihat harga jualan tidak masuk akal aiskrim Malaysia di sebuah festival.
Menerusi ciapannya di X, biarpun faktor ekonomi sekarang boleh mendorong kenaikan harga barang namun, harga yang aiskrim Malaysia mencecah RM6 sebatang disifatkan tidak masuk akal.
“Seriuslah ais krim Malaysia jual kat MAHA harga dia macam ini?
Menerusi ciapannya di X, biarpun faktor ekonomi sekarang boleh mendorong kenaikan harga barang namun, harga yang aiskrim Malaysia mencecah RM6 sebatang disifatkan tidak masuk akal.
“Seriuslah ais krim Malaysia jual kat MAHA harga dia macam ini?
“Saya faham bila setiap peniaga akan naikkan harga barang untuk special event macam ini tapi 1 batang aiskrim untuk RM6 (harga before promosi berapa)?" luah individu tersebut.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut terkejut dengan harga yang ditawarkan oleh peniaga tersebut, dan ada segelintir yang membandingkan harga ais krim di festival itu dengan harga yang dijual di luar.
Antara komen yang ditinggalkan:
“Kampung saya jual RM1 je weh”
“Mahal juga ya selalu harga RM1. Kalau kat pam minyak RM2.50. sampai Maha RM6 terus ye banyak betul markup”
“Mereka rasa itu masa terbaik untuk kaut untung sebanyak mungkin.. Mereka tau pengunjung yang dah kebulur takde pilihan terpaksa juga beli dengan muka kelat.. jijik punya peniaga," komen dari netizen.
BERITA TRENDING: Walaupun Rumah Ditenggelami Air Banjir, Mua Bellaz Tetap Posing OOTD Ketika Beri Bantuan - “Cantiknya Mangsa Banjir Ni”
BERITA TRENDING: Mata Lebam Bukan Sebab Dipukul Suami, Influencer Popular Jelaskan Kejadian Sebenar!
BERITA TRENDING: "Nasi Kandar Wajar Diiktiraf Sajian Warisan Malaysia!" - Penganjur Nasi Kandaq Fest 2.0 Ulas Isu Nasi Kandar 'Berpasir'
BERITA TRENDING: Individu Kongsi Keadaan Rumah Rakan Terbakar Gara-Gara Powerbank Meletup! - “Sentiasalah Periksa ...”
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini berjaya meraih sebanyak 450,100 ribu tontonan dan 2,100 ribu butang suka.