Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ramai Terpegun Tandas Sekolah Secantik Ini! Tapi Ada Juga Risau Sebab…

Izwan Isa
05/10/2023 11:50 MYT
Baru-baru ini, beberapa keping foto yang didakwa tandas yang telah diubah usai di beberapa sekolah tular di platform X.

Menerusi hantaran berkenaan, dapat dilihat pelbagai jenis tema dan konsep yang diterapkan, sehingga tidak kelihatan seperti tandas sekolah normal.

Selain menerima pujian, ada juga beberapa pengguna media sosial yang bimbang jika tandas berkenaan tidak dapat dikekalkan kebersihan dan kekemasannya, dan bakal menerima nasib yang sama seperti tandas sekolah lain.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

“Yang penting tandas bersih, praktikal, pengudaraan serta pencahayaan bagus. Dekorasi tak penting sangat sebab cuma kosmetik yang makan belanja.”

“Teringat masa mula pegang jawatan pengawas tahun 1977 diberi tugasan jaga tandas lelaki. Tepuk dahi oooo…”

“Boleh je cakap. Semua boleh cantik. Masalahnya, maintenance. Kita bukan negara yang tahu perihal maintenance! Kita juga suka membiak fahaman vandalisma.”

“Ni masuk mesti kena buka kasut. Kalau tak buka nanti memang akan ada kesan tapak kasut budak kat pintu sebab nak tahan pintu sambil buang air besar sebab pintu tak boleh kunci kunci.”

Terdahulu, sebanyak 7,544 atau 90.3 peratus projek penyelenggaraan kecil Kementerian Pendidikan (KPM) sedang dalam proses dan siap dilaksanakan setakat 22 September lepas.

Unit Penyelarasaan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan pihaknya dengan kerjasama KPM telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan projek penyelenggaraan kecil melibatkan penyelenggaraan tandas bagi 8,354 sekolah dengan peruntukan RM630.77 juta yang bermula pertengahan Julai lalu.

Baki sebanyak 810 atau 9.7 peratus projek sedang dalam peringkat akhir perolehan. Projek penyelenggaraan ini dijangka dapat disiapkan pada penghujung Oktober 2023.

BACA: [FOTO] Mahligai 20 Tandas Mark Wahlberg Terjual Dengan Nilai RM244 Juta!​

#Tandas sekolah