Lirik lagu dengan bait Dengarkanlah Di Sepanjang Malam Aku Berdoa kini menjadi trending dan tular dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia.

Biar ramai yang ikut ‘bersiul’ atau sekadar humming, namun ada juga yang berasa meluat kerana cara nyanyiannya yang terlalu meleleh dan mendayu.

Ironi, lagu tersebut yang merupakan produk dari pemuzik Indonesia sudah dipasarkan di republik tersebut sejak bulan awal tahun ini.

Jom semak fakta di sebalik lagu ini.
Kangen Band vs Raffa Affar

Lagu dengan lirik Dengarkanlah Di Sepanjang Malam Aku Berdoa ini pertama kali didengarkan di platform media sosial dan menjadi viral oleh penyanyi muda bernama Raffa Affar sejak Januari lalu.
Ia kemudian menjadi viral di Tiktok.

Raffa yang baru berusia 19 tahun adalah seorang personaliti media sosial yang sering menyanyikan lagu lagu cover milik penyanyi lain.

Namun pada Februari lalu, kumpulan Indonesia yang memang terkenal dengan jolokan King of Pop Melayu, Kangen Band memasarkan lagu tersebut dalam versi mereka.

Selain berjaya menangkap kembali peminat lama mereka, lagu ini kemudian menjadi fenomena dalam kalangan penggemar muzik.

Kangen Band juga muncul dengan anggota asal mereka iaitu Andika Mahesa (vokal), Dodhy (gitar), Tama (rhytm), Izzy (keyboard), Bebe (bass), Baim (drum), dan Eren (backing vocal).

Jadi secara rasminya, Cinta Sampai Mati terdapat dalam dua versi iaitu satu versi solo yang dinyanyikan Raffa Affar, manakala versi berkumpulan pula disampaikan oleh Kangen Band.

Terserah, selera kalian lebih suka memilih versi siapa guys.

Cinta Sampai Mati

Tajuk sebenar lagu Di Sepanjang Malam Aku Berdoa adala Cinta Sampai Mati. Lagu ini diciptakan oleh isteri kepada pemain gitar Kangen Band, Dhody, Ayu Rizki Ani.

Namun kebanyakan pendengar cukup tertarik dengan bahagian korusnya sehingga pencarian lagu ini di Google lebih kepada bait lirik tersebut, bukan kepada lagunya, Cinta Sampai Mati.

Trending

Muzik video Cinta Sampai Mati yang dimuat naik dalam YouTube Raffa Affar sejak Januari lalu ternyata menjadi fenomena.

Ia telah ditonton menghampir jumlah 25 juta kali tontonan, dengan 17 ribu komen ditinggalkan oleh para pendengar dalam YouTube berdaftar atas nama RaffaBadri29.

Sementara muzik video versi Kangen Band pula ditonton sebanyak 27 juta tontonan dengan 55 ribu komen yang ditinggalkan sejak ia dimuat naik sekitar lebih satu bulan lalu.

Di aplikasi lain seperti Tiktok, ia tela dihasilkan dalam pelbagai versi oleh warganet termasuk diremix dan kekal menjadi trending sehingga sekarang.

Maksud Lagu

Menurut Kangen Band, Cinta Sampai Mati menceritakan tentang kisah percintaan abadi tentang mereka yang saling mencintai sampai akhir hayat. Diketahui, Andika Mahesa sempat hengkang dari Kangen Band.

Namun ia juga diinteprestasikan dengan berbeza oleh pendengar mengikut kesukaan mereka.

Nostalgia

Bagi kebanyakan peminat Kangen Band, mereka berpendapat Cinta Sampai Mati telah mengembalikan kegemilangan masa muda mereka saat kumpulan tersebut menjadi begitu popular pada satu ketika dahulu.

Untuk rekod, Kangen Band mula aktif dalam kancah muzik sejak tahun 2006. Band berasal dari Lampung ini melahirkan album pertama mereka, Tentang Aku, Kau & Dia pada tahun 2007 dan pernah berpecah.

Antara lagu hit mereka adalah Tentang Aku, Kau & Dia yang telah ditonton mengampiri 70 juta tontonan dan meledakkan nama Kangen Band lebih 10 tahun lalu.