Ramai Teruja Aliff Aziz Kembali Berlakon! Comeback Dalam Jodohku Babysitter Dengan Intan Najuwa - "Tak Sabar Tunggu"

Amri Hassan
Julai 4, 2022 06:50 MYT

Peminat Aliff Aziz dan Intan Najuwa kian teruja apabila drama yang menggandingkan kedua-dua pelakon hebat ini berjudul Jodohku Babysitter bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Meninjau reaksi peminat dan warganet di media sosial, rata-ratanya tidak sabar lagi menantikan buah tangan terbaharu daripada pengarah Hadith Omar menerusi karya adaptasi novel itu.

"Lama tak tengok Aliff berlakon selepas cerita Melankolia. Tak sabar tunggu comeback you!
"Sangat teruja! Tak sabar nak tengok gandingan mantap Aliff Aziz dan Intan Najuwa.
"Akhirnya selepas sekian lama nak tengok Aliff Aziz berlakon balik.
"Sabar menanti. Memang tunggu lakonan Intan Najuwa. Pasti tak menghampakan," tulis beberapa pengguna di media sosial.
Sinopsis
Jodohku Babysitter mengisahkan Adam, duda anak tiga yang bercerai dengan bekas isterinya, Ika yang curang dengan kawan baik Adam iaitu Amri.
Sedih dan sakit hati dengan bekas isterinya, Adam bercadang tidak jatuh cinta lagi dengan wanita lain tetapi kehadiran Adel yang menjadi pengasuh kepada anak-anaknya telah merawat luka dihati Adam dan anak-anaknya.
Jodohku Babysitter merupakan drama 20 episod adaptasi novel karya Nureen Ahmad yang akan mula ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria.
Drama itu dibintangi Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Nina Juren, Isaac Iman dan Tayha Nazira.

#Viral #Aliff Aziz #Novel #Astro Ria #Drama #comeback #Intan Najuwa #Jodohku Babysitter