“Ramai Tidak Tahu Saya Seorang Penyanyi Sebelum…” - Sharifah Zamaera
Izwan Isa
26/05/2023 12:50 MYT
26/05/2023 12:50 MYT
Penyanyi Sharifah Zamaera meletakkan single terbaharunya, Dulu sebagai medium untuk mengisi pengalaman masa lalunya sebagai penyanyi dan rapper.
Kongsi Zamaera, Dulu merupakan sebuah karya yang mengalir seperti air selain cerminan perasaannya.
“Dulu sangat istimewa buat saya. Ia mengisi momen dan pengalaman yang dilalui sebagai artis pada tahun 2012 dahulu sehingga sekarang. Semuanya dituang dengan jelas melalui lirik yang ditulis.
“Ramai yang tidak tahu saya seorang penyanyi sebelum menjadi rapper pada 2017. Saya juga menelusuri bakat seawal usia 9 tahun dan telah menang sebuah pertandingan bercerita yang merupakan permulaan perjalanan hidup saya sebagai penulis lirik. Itu membuat saya bersyukur kerana pernah melewati hal-hal terbaik sedemikian,” katanya.
Menariknya, menerusi lagu ini, bait lirik lagu Tipah Tertipu nyanyian kumpulan Ruffedge turut diselitkan.
“Saya mahu lirik itu ada dalam Dulu kerana ia bergema dalam ingatan dalam banyak fasa kehidupan saya sama ada secara peribadi atau karier.
“Pah juga adalah singkatan daripada Sharifah,” katanya yang pernah melahirkan sebuah EP dengan judul Z pada 2019.
Menurut Zamaera, Dulu ditulis pada tahun 2020 selepas dia berkenalan dengan seorang penerbit berbakat besar, Wolfy, anak kelahiran Malaysia yang menetap di Australia.
Kini setelah ia siap untuk dipasar dan diperdengarkan, Dulu juga mahu divisualkan dalam sebuah jalan cerita menerusi penerbitan klip video.
Klip video Dulu dijadualkan menemui peminat buat pertama kali pada 26 Mei ini, seminggu selepas single istimewa ini dilancarkan di semua platform. Klip video Dulu dihasilkan oleh sahabat zaman persekolahannya, Fitri Ayub.
“Saya juga akan berinteraksi dengan peminat menerusi Instagram secara langsung semasa klip video ini dilancarkan dan tidak sabar bertemu semua,” katanya penuh teruja.
Lebih membanggakan, Dulu menerima banyak sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Limkokwing University of Creative Technology (LUCT) yang menaja lokasi utama penggambaran klip video serta pereka terkenal, Syomirizwa Gupta, Alia Bastamam dan Shaleen Cheah untuk busana-busana yang digayakan dalam single tersebut.
Memulakan karier seni secara serius pada 2012, Zamaera kini bernaung di bawah label Kartel milik Joe Flizzow bersama nama besar dunia hip-hop lain seperti SonaOne, Altimet, Ila Damia dan DJ Cza.
Karier seninya diiktiraf sehingga ke dunia antarabangsa sekaligus memberinya pengalaman menjadi wakil Malaysia yang mengisi pentas Asean-Korean Music Festival Round 2020.