Empat hari lalu, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof telah memuat naik sedutan lagu Senorita yang akan digunakan sebagai OST filem Abang Long Fadil 2 di saluran You Tube miliknya.

Menerusi entri tersebut, Syamsul menjangkakan akan memuat naik versi penuh lagu Senorita yang menggandingkan dirinya, Datuk AC Mizal dan Shuib Sepahtu pada 1 Ogos.

Namun, malam tadi Syamsul telah memohon maaf kepada ‘subscribers’ kerana tidak dapat memuat naik lagu tersebut atas sebab-sebab tertentu.

Sementara itu di ruangan komen, para peminat mula meluahkan rasa tidak sabar menantikan versi penuh Senorita.



Filem Abang Long Fadil 2 bakal ditayangkan di seluruh negara pada 24 Ogos ini dan khabarnya, filem arahan Syafiq Yusof ini hebat!

Jalan cerita hebat, pelakon hebat, kesan bunyi hebat, orang-orang di belakang tabir pun hebat...Pendek kata, hebat-hebat belakalah!

Tak percaya? Tengok video di bawah: