Laman Utama
“Ramai Yang Dibantu Tapi Ramai Lagi Memerlukan” – Ebit Lew Mahu Buka Restoran Free Dan Rumah Gelandangan
Pendakwah dan dermawan terkenal Ustaz Ebit Lew meluahkan hasrat untuk membantu golongan susah dengan lebih meluas.
Menerusi hantaran di akaun media sosial miliknya, Ustaz Ebit merancang untuk membuka sebuah restoran yang menawarkan juadah percuma dan tempat penginapan bagi yang benar-benar memerlukan.
Rancangan-rancangan itu dikongsi Ustaz Ebit menerusi pertemuan beliau dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pada Isnin.
“Banyak perkara dibincangkan bersama Tan Sri Annuar Musa demi orang miskin dan orang yang memerlukan. Baik dan sangat rendah diri orangnya.
“Sedih sayu tadi berbual tentang orang susah. Ramai yang dah dibantu tapi ramai lagi yang masih memerlukan. Kami berbincang mengenai masalah kemiskinan dan kesusahan masyarakat kita.
“Beliau kata, ustaz tak penat ke merata sana sini dengan tenaga dan dana yang banyak. Jawab saya Tan Sri lagi penat.
“Saya cuma sedikit berbanding usaha kerajaan dan badan yang lain. Senyuman pada wajah orang miskin dan doa mereka sangat besar nilainya.
“Perkara yang akan dilakukan bersama menyediakan tapak berniaga untuk penjaja seperti Food Court dan membantu mereka dari segi dana dan lain-lain.
“Kami juga akan buat Restoran Free untuk mereka yang memerlukan dan lapar untuk makan di KL dan Putrajaya.
“Berbincang untuk membuka tempat penginapan baru untuk mereka yang bergelandangan di Kuala Lumpur.
“Terima kasih Tan Sri. Semoga Allah beri kebaikan dan kekuatan terus membantu masyarakat. Semoga menjadi asbab kebaikan,” kongsinya.
Sebelum ini Ustaz Ebit telah menghulurkan bantuan kepada pemuda cacat kelihatan yang kebakaran rumah, misi bantuan banjir, sumbangan tablet pc kepada pelajar dan lain-lain.