Berita
“Ramai Yang Mengata, Buatkan Dia Rasa Rendah Diri & ...”- Foto Cik B Jadi Cover Majalah Dikecam, DSV Tampil Bersuara
Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida tampil bersuara selepas foto anaknya, Cik B menjadi penghias muka hadapan majalah Remaja mendapat kecaman.
Vida mendakwa anaknya Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin berasa rendah diri dan tidak bersemangat selepas foto tersebut menjadi bahan cacian warganet.
“Kecaman, cacian dan makian yang dilemparkan kepada Cik B @cikb_havoc66 ..
“Ramai yang mengata Cik B, buatkan Cik B rasa rendah diri, tak semangat, suka menyendiri dan buat hal sendiri,” tulisnya.
Vida meluahkan perasaannya itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto Cik B yang menjadi penghias muka hadapan majalah tersebut.
Menurut Vida lagi, anaknya itu tahu segala kekurangan yang dia ada tetapi cuma mahu melakukan sesuatu kelainan.
“Nak jual kosmetik orang kutuk. Orang persoalkan warna kulit Cik B, tak putih pun..
“Cik B tahu kekurangan dia tapi dia cuba buat something different," katanya lagi.
Kelmarin, Cik B mengejutkan netizen apabila tampil bergaya sebagai penghias muka depan majalah Remaja dengan imej yang berbeza.