gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Penampilan Makin Langsing, Haiza Tepis Dakwaan Buat Pembedahan Bariatrik - “Saya Pegang Nasihat Arwah Rohana Jalil Agar…”
BERITA
Semakin Ramai Pelajar Universiti, Lepasan Sekolah Hidap HIV
HIBURAN
Berkat Kesabaran Lima Tahun Menanti, Fila Amir, Suami Syukur Dapat Baby Girl - “Kami Akhirnya Menjadi Papa & Mama”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Ramai Yang Restu, Luqman Faiz Jawab Dakwaan Ada Hubungan Istimewa dengan Fieya Julia - “Dia Adalah Partner…”

gempak
Umirah Halim
15/05/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Ramai Yang Restu, Luqman Faiz Jawab Dakwaan Ada Hubungan Istimewa dengan Fieya Julia - “Dia Adalah Partner…”
Penyanyi, Luqman Faiz, menepis dakwaan bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan penyanyi Fieya Julia selepas sering dilihat akrab sejak kemunculan single terbaharunya, Rumit.
Menurut Luqman atau nama lengkapnya Luqman Abdul Halim Faiz, 24, beberapa gambar mesra di media sosial yang memaparkan dirinya dan Fieya merupakan sebahagian daripada promosi muzik yang dilakukan oleh pasukan pemasarannya.
"Saya ada post gambar dengan Fieya, tapi itu semua bingkisan dari muzik video sahaja. Jadi, mengenai saya ada hubungan istimewa dengan Fieya, itu bukanlah satu isu. Itu hanya tanggapan orang," katanya ketika ditemui Gempak.
Selain itu, Luqman turut menjelaskan bahawa kapsyen yang dianggap berunsur romantik dan cinta itu adalah sebahagian daripada strategi pemasaran untuk single terbaharunya dan bukanlah gimik yang sengaja dicipta untuk meraih sensasi.
"Kapsyen hantaran itu mungkin berbaur cinta, tapi itu adalah lirik lagu saya. Ia bukan gimik, itu satu promosi untuk lagu terbaharu saya. Ini adalah kerja team marketing saya, bukan kami yang muat naik," tambahnya.
"Kami tiada apa-apa hubungan pun, tapi dia adalah partner bekerja saya yang saya selesa. Ini adalah single pertama saya dengan dia," ujarnya.
Ketika ditanya mengenai ciri-ciri pasangan ideal, Luqman mengakui bahawa Fieya Julia bukanlah pilihan hatinya.
Namun, Luqman menjelaskan bahawa sebagai seorang yang aktif dan sentiasa bergerak, dia lebih gemar akan pasangan yang pendiam, pemalu, dan sopan.
"Secara jujurnya, Fieya Julia bukan taste saya pun. Setiap manusia ada masing-masing, saya pandang dia sebagai kawan dan rakan kerja sahaja. Ciri-ciri pilihan pasangan, saya suka seorang yang pendiam. Saya jenis yang tak duduk diam, jadi partner saya kena yang chill, pemalu dan sopan," katanya lagi.
Terdahulu, nama Luqman Faiz dan Fieya Julia mendapat perhatian ramai selepas tular beberapa perkongsian di media sosial yang memaparkan aksi-aksi mesra mereka.
Susulan itu, ramai peminat yang merestui keakraban mereka selain mendoakan yang terbaik.
Topic Berkaitan
#Luqman Faiz
#Hubungan
#Fieya
#Jawab
#Julia
Must-Watch Video