"Ramai Yang Tak Sedar Kekurangan Diri, Akhirnya ..." - Luqman Podolski
Amri Hassan
14/10/2024 18:32 MYT
14/10/2024 18:32 MYT
Tidak sedar dengan kemampuan diri dan menganggap segala-galanya akan beres merupakan antara sifat yang sering membelenggu segelintir daripada ahli masyarakat. Sikap tak sedar diri ini biasanya tidak disedari oleh individu tersebut sehingga ada kala perlu disedarkan oleh orang sekeliling.
Situasi yang sering berlaku kepada mereka sebenarnya menarik minat Luqman Podolski untuk menghasilkan sebuah lagu berjudul Tak Sedar Diri yang mula dilancarkan secara rasmi pada 6 September lalu yang berkolaborasi bersama SYA.
Intipati lagu yang dilhamkan daripada senario tersebut pada dasarnya cukup menarik untuk dihayati sementelah bait-bait lirik berkenaan ditulis secara sinikal, penuh makna dan ‘kena’ dengan mereka yang tidak sedar diri.
Menjelaskan perkara berkenaan, Luqman Podolski memang merujuk situasi yang dialami sebahagian daripada ahli masyarakat yang tidak sedar dan tidak memahami dengan keadaan diri mereka sendiri.
“Ramai dalam kalangan kita yang tidak sedar dengan kekurangan diri dan tidak memahami situasi yang sedang dihadapi. Apabila mereka tidak menyedari perkara berkenaan akan timbul banyak masalah selepas itu.
“Mereka sering menganggap perkara berkenaan bukan satu masalah dan akhirnya bertindak di luar kemampuan sebenar diri sendiri dan mendatangkan lebih banyak kesan negatif,” kata Luqman.
Narsistik & sombong
Mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan, Luqman yang bernaung di bawah pengurusan Warner Music Malaysia menganggap mereka yang tidak sedar diri biasanya bersifat narsistik dan boleh dirujuk sebagai seorang yang sombong.
Sifat terlalu yakin ada kalanya akan membuatkan mereka tidak memahami batasan diri sendiri dan pada akhirnya mendatangkan masalah kepada orang lain.
Menganggap ini merupakan karya yang lari daripada kebiasaan, Luqman bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman luas dalam bidang muzik terutamanya Bo Amir.
Penyanyi yang popular dengan lagu Kalau Kau Rindu itu mengakui proses rakaman kali ini sedikit janggal dan di luar jangkaannya. Beliau sendiri tidak menyangka dapat bekerjasama dengan ramai individu hebat sepanjang proses rakaman dan pemikinan video muzik (MV).
“Bila proses rakaman bemula, saya dipertemukan dengan mereka yang sudah berpengalaman luas dalam bidang muzik. Proses yang dilalui juga amat menarik dan saya sendiri banyak belajar perkara baharu daripada mereka.
“Saya kagum dengan SYA yang mempunyai vokal dan cara sebutan yang berbeza daripada penyanyi lain. Dia merupakan penyanyi yang underrated dan suaranya mempunyai pesona tersendiri. Jadi gabungan kali ini saling melengkapi antara satu sama lain,” jelas Luqman lagi.
Gotham City
Mahu memberikan kelainan kepada naskhah Tak Sedar Diri, pelbagai input dicanai oleh pasukan produksi bagi menghasilkan sebuah MV yang menarik. Mereka mengambil inspirasi daripada Gotham City yang popular menerusi filem Batman.
Pemilihan tersebut tidak hanya tertumpu kepada look & feel semata-mata, malah pelbagai idea digarap oleh Kinggolddigga yang bertindak selaku pengarah MV berkenaan yang bercerita mengenai satu pasangan yang dibadai perasaan dingin.
Pelbagai konflik muncul apabila hubungan menjadi dingin digarap dengan visual yang baik sehingga ke akhir MV Tak Sedar Diri yang sudah ditonton lebih 100,000 tontonan kurang sebulan selepas dilancarkan.
Luqman menganggap ini merupakan sebuah perjalanan dan kesinambungan kepada album mini yang jangka akan dikeluarkan pada awal 2025 nanti.
“Mengikut perancangan saya akan melancarkan album mini pada Januari tahun hadapan. Lebih banyak eksperimen bunyi dan muzik yang bakal dihasilkan dalam karya akan datang. Apa yang boleh saya janjikan, mereka akan puas.
“Untuk Tak Sedar Diri pula, ini adalah transisi kepada sesuatu yang besar. Saya gembira kalau pendengar berpuas hati dan menerima karya ini,” kata Luqman Podolski.
Tak Sedar Diri merupakan lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Kim Manul, SYA dan Bo Amir Iqram. Lagu ini dilancarkan secara rasmi pada 6 September lalu disemua pelantar digital. MV pula boleh ditonton melalui YouTube Black Cat Hat Records.