Berita
“Ramai Yang Tanya, Macam Mana Pertemuan Dengan Isa Khan...”- Risteena Dedah Perbualan ‘Sweet’ Dengan Kekasih
Pelakon Risteena Munim mendedahkan ramai yang bertanya mengenai bagaimana pertemuan pertamanya dengan tunang, Isa Khan sebelum menjalinkan hubungan cinta.
Namun Risteena berkata dia masih belum bersedia untuk menceritakannya.
“Ramai yang tanya saya, macam mana pertemuan saya dan Isa Khan. Siapa mengorat siapa. Macam mana hubungan tu bermula.
“Insya-Allah satu hari nanti saya akan kongsi betul-betul dengan semua.
“Tapi harini saya nak share sikit satu kenangan indah dimana hubungan ini baru nak bermula.
“Satu kenangan yang akan sentiasa diingati. Sehingga sekarang Isa Khan masih orang yang sama saya kenal dulu. Semoga terus kekal orang yang sama,” katanya.
Risteena berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik beberapa paparan skrin perbualan mereka menerusi aplikasi Whatssapp.
Tambah Risteena lagi, dia mahu mengajak pengikutnya menghargai orang-orang tersayang termasuk keluarga kerana akui hidup terlalu singkat.
”Hargai keluarga dan orang-orang yang rapat dengan kita seperti hari ini hari terakhir kita dapat melihat mereka.
“Kerana kita tidak tahu bila mereka akan pergi selamanya.
“Tunjukkan kasih sayang korang pada orang yang korang sayang. Spread love. Show love before it’s too late.
“ Saya juga mendoakan kalian mendapat kebahagiaan dunia akhirat,” katanya lagi.
Pasangan ini bertunang pada 23 November tahun lalu.