Pelawak dan pelakon popular, Shamsul Ghau-Ghau mengakui risau dengan golongan masyarakat muda pada masa kini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Shamsul menasihati ibu bapa supaya terus memantau anak-anak mereka agar tidak jauh daripada agama.

"Alhamdulillah, hari nie Allah izinkan berkongsi pengalaman dengan adik-adik pesalah Javana di Pusat Koreksional Puncak Alam.

"Allah, Allah, Allah. Ramainya anak-anak Muda kita yang jauh dari agama.

"Bagaimana orang-orang di Rumah kita? Mohon terus pantau ahli-ahli keluarga kita," tulisnya.

Alhamdulillah Hari nie Allah izinkan Berkongsi pengalaman dengan Adik Adik Pesalah Javana di Pusat Koreksional Puncak Alam. Allah Allah Allah... Ramai nya anak anak Muda kita Yang Jauh dari Agama. Bagaimana orang orang di Rumah kita?? Mohon terus pantau Ahli Ahli Keluarga Kita.

A post shared by Shamsul Ghau Ghau (@paksu_shamsul_ghaughau) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan agar segala urusan Shamsul akan dipermudahkan dalam memberi kesedaran pada golongan muda.

Sebelum ini tindakan Shamsul sebagai penceramah dipertikaikan namun dia tampil berkongsi kad tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di media sosial untuk menjelaskan segala kekeliruan.