Rambut Dah Pendek, Peminat Samakan Ben Amir Dengan Lee Dong Wook & Sunny Suwanmethanont
Izwan Isa
11/08/2022 12:50 MYT
11/08/2022 12:50 MYT
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelakon Ben Amir dikenali dengan penampilannya yang berambut panjang.
Justeru, tidak hairan jika keputusan untuk memotong rambut dan tampil dengan potongan gaya rambut pendek menyorot perhatian peminat baru-baru ini.
Menerusi kemas kini di Instagram, ramai dilihat menyukai gaya rambut Ben yang dikatakan lebih muda berbanding sebelum ini.
“Short hair era. What do you think?” tulis Ben.
Pada ruangan komen pula, pelakon Lisa Surihani yang dikatakan mempunyai iras wajah yang sama dengan Ben ketika dia berambut panjang menyukai gaya rambut terbaharunya itu.
Selain Lisa, Rashidi Ishak turut memuji gaya rambut berkenaan dengan menulis: “Rambut pendek, rambut panjang kamu masih nampak elok kawan!” katanya.
Lain pula ceritanya di platform Twitter. Ada beberapa netizen menyamakan wajah terkini Ben dengan pelakon dari luar negara iaitu Lee Dong Wook dan Sunny Suwanmethanont.
Terdahulu, rambut panjang Ben menjadi viral selepas muncul dengan gaya berkenaan menerusi drama Sweet Dreams pada 2019.