Sebagai seorang wanita berkerjaya mahupun suri rumah tangga, pastinya rambut menjadi aset paling berharga yang perlu dijaga setiap masa. Ini kerana memiliki rambut yang sihat akan menyempurnakan keindahan penampilan yang ada pada setiap wanita.

Sama ada wanita itu memilih untuk berhijab atau tidak, tiada satu alasan untuk tidak mengambil kira penjagaan setiap helaian rambut mereka yang sangat bermakna itu. Apabila berhijab, penjagaan rambut tidak sesekali harus dipandang remeh kerana rambut bagaikan mahkota untuk mereka.

Sering kita mendengar stigma kurang enak dikalangan kita terhadap wanita berhijab yang dikatakan “kurang maju” untuk bersaing dengan wanita lain sehingga dikhuatiri mengganggu emosi dan jiwa mereka seterusnya menghalang mereka untuk mencapai kejayaan tinggi dan cita-cita hidup.

Sampai bila wanita berhijab terus terikat dan terima sahaja cakap nakal masyarakat? Tiada orang yang akan mengubah perjalanan hidup kita selain diri kita sendiri.

Ramai yang anggap penjagaan rambut agak rumit dan ambil masa yang lama, tetapi paling mudah untuk rutin rambut adalah penggunaan syampu yang sesuai. Lebih-lebih lagi untuk para Wanita berhijab agar mengatasi masalah rambut gatal dan berbau yang sering menjadi punca wanita kurang yakin pada diri yang menganggu prestasi hidup dan emosi diri.

Cubalah syampu & perapi rambut Dove Micellar Fresh Nourishment! Selari dengan tema kempen yang dibawa iaitu Kamu Tetap Kamu yang bakal menjadi saksi kepada sebuah tranformasi baru buat wanita berhijab agar penuh yakin dengan diri! Kempen ini menggalakkan para hijabista tidak mengehadkan diri sendiri supaya dapat memecahkan tembok yang menjadi penghalang untuk mereka mengejar impian dan cita-cita.

Apakan kelebihan yang ada pada Dove Micellar Fresh Nourishment?

#1: Rambut Segar Sepanjang Hari

Dove Micellar Fresh Nourishment mengandungi Micellar Aqua Peptide yang membantu membersihkan kulit kepala dan rambut untuk sentiasa segar biarpun mengenakan hijab sepanjang hari.

#2: Rambut Menjadi Ringan

Selain itu, Dove Micellar Fresh Nourishment juga direka dengan formulasi tekstur micellar yang ringan agar rambut tidak rasa berat lagi-lagi apabila berhijab, lalu memberikan rambut rasa lembut selepas penggunaannya.

#3. Rambut Kekal Wangi 48 Jam

Dove Micellar Fresh Nourishment juga diperkaya dengan teknologi Fragrance Lock yang membantu menjadikan rambut kekal wangi dan tahan selama 48 jam biarpun ketika aktiviti bersukan atau melakukan aktiviti lasak.

Wahai wanita berhijab, bangkit dan buktikan anda mampu berdaya saing bersama wanita hebat lain. Hilangkan rasa takut dengan menyerlahkan keyakinan diri anda selepas menggunakan Dove Micellar Fresh Nourishment!

Dapatkan sekarang di mana-mana pasaraya atau farmasi terdekat anda seperti Watson, Guardian, Lotuss, Giant, Mydin, Aeon, dan lain-lain lagi. Maklumat lebih lanjut sila klik di sini: Website , Facebook , dan Youtube